Panduan Memohon No.Pendaftaran (Plat) Kenderaan

         
             Assalamualaikum...mungkin ada yg tak tahu lagi macam mana cara nak tempah no.pendaftaran kenderaan yg kita suka semasa membeli kenderaan baru..Biasanya, ada sesetengah golongan yg tak kisah sangat pasal nombor ni..janji dapat moto atau keta baru..tp,tak dinafikan ada juga yg berminat untuk mendapatkan nombor yang cantik..atau nombor2 yg ada story di sebaliknya..hehe.. Ok,sebelum tu mari kita usha dulu berapa harga untuk tempah nombor di JPJ..

Harga Tempatan.
Harga tempahan MINIMA  bagi setiap nombor pendaftaran tertakluk kepada kategori nombor seperti berikut:-

1. Nombor Bernilai Utama RM10,000 
( iaitu nombor 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 dan 10 )

2. Nombor Menarik RM2,000
( iaitu nombor 11 , 12 , 13 , 14 ,15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 22 , 28 , 33 , 38 , 55 , 66 , 77 , 88 , 99 , 111 , 222 , 333 , 555 , 666 , 777 , 888 , 999 , 1111 , 2222 , 3333  , 5555  , 6666 , 7777 , 8888 dan 9999 )

3. Nombor Popular @ Nombor Semasa RM300 sahaja
( iaitu nombor 20 , 21 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31 , 32 , 34 , 35 , 36 , 37 , 39 , 40 sampai 54 , 56 sampai 65 , 67 sampai 76 , 78 sampai 87 , 89 sampai 98 , 100 , 200 , 300 , 400 , 500 , 600 , 700 , 800 , 900 , 1000 ,

          Dan seterusnya ialah kombinasi2 yg cantik la...penat lorh..nak taip..asa mcm nak tersembur biji mata. nombor2 lain tu mcm no kapit ke..selang2 ke..dan juga Mana-mana nombor pendaftaran lain yang menerima tempahan , adalah termasuk dalam kategori ni la. Apa yg penting, kena tahu harga permulaan dulu la...jgn nanti nak tempah nombor "10" bawak duit lima hengget plak :) kena halau ngan Haler nii!! huhu..


Beramb00SS.....!!




Borang yg digunakan :
1.Permohonan menyertai tempahan nombor pendaftaran secara tawaran. Borang M.V.10 
2. Permohonan mendapatkan nombor pendaftaran secara pilihan. Borang M.V.10A
3. Permohonan mendapatkan nombor pendaftaran (kelulusan Khas) Borang M.V.10B
    klik disini untuk mendapatkan borang ----http://www.jpj.gov.my/

PERINGATAN!!Pemohon yg berjaya dilarang memberi/menjual nombor pendaftaran mereka kepada orang lain kecuali dengan pertimbangan khas dari Pengarah Negeri seperti kes pertukaran daripada Ibu/Bapa kepada anak, suami/isteri/anak dan individu kepada syarikat di mana ia menjadi Lembaga Pengarah.

Maklumat Tambahan:
1. Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat di mana2 JPJ negeri yg berkaitan.
2. Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain negeri akan di pamerkan di semua pejabat JPJ
    Negeri/cawangan.
3. Tempoh Tempahan akan di tutup pada jam 12.00 tghr pada hari terakhir tawaran di buka.
4 Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh di bayar di mana2 pejabat JPJ Negeri/cawangan.

sumber : Panduan Pelanggan--http://www.jpj.gov.my/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 ulasan:

'www.yieweezer5915.blogspot.com' Best View on--->
GOOGLE CHROME!!

"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!