Assalamualaikum....Bertemu kembali dalam entry yg Serius!! :) "Pengurusan kewangan" adalah aktiviti mengawal pendapatan dan perbelanjaan mengikut keutamaan dan kemampuan individu. Gagal menguruskan Wang yg diterima dan dibelanjakan akan mengundang kepada masalah kewangan yg berterusan dan kritikal. Jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda di bawah, kemungkinan besar anda sedang mengalami masalah kewangan yg kritikal :-
9 Tanda Anda Mengalami Masalah Kewangan!!
- Tidak mempunyai simpanan
- Mula meminjam dgn "AhLong"
- Tidak tahu berapa jumlah hutang yg dimiliki
- Gagal mendapat pinjaman dari mana-mana Bank
- Bil-bil lama banyak yg tertunggak dan masih belum dibayar
- Kesemua pendapatan digunakan untuk membayar hutang
- Mula berjudi untuk menyelesaikan masalah kewangan dan cepat kaya
- Tidak dapat tidur lena
- Mengalami Gangguan dan Tekanan hidup
Sekiranya anda mengalami masalah di atas, anda perlu mencari jalan penyelesaian dgn cara memberikan tumpuan secara sepenuh masa dan berbincang dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan kewangan (AKPK). Agensi kaunseling ini ditubuhkan oleh kerajaan untuk memberikan khidmat nasihat dan memberi jalan penyelesaian. Jika anda memandang remeh masalah ini, sebenarnya anda memberi ruang yg lebih untuk berhadapan dengan masalah hutang yg lebih serius lagi pada masa akan datang dan berterusan.
UNTUK ENTRY seterusnya Klik --5 Punca Utama kepada Masalah Kewangan!! Masih belum terlambat :)
UNTUK ENTRY seterusnya Klik --5 Punca Utama kepada Masalah Kewangan!! Masih belum terlambat :)
sy la tuh memang punya masalah kewangan..boraos..haha
BalasPadamblogwalking..
BalasPadambetol2. good entry!
http://pajillnostra.blogspot.com/2012/11/fakta-kredit-kad-di-malaysia.html