(((Assalamualaikum..wbt)))
Step by Step Utk buat Chemical service atau Overhaul Aircond rumah jenis Split Unit. 1st kena turunkan kedua2 indoor & outdoor unit dulu. Sebelum spray dgn chemical, tutup semua bhgn electrical, nt kena chemical kt circuit board tu,Lain plak jadinya.
Dah siap, Skang boleh Spray chemical kt bhgn sirip evaporator (penyejat) & Condenser (pemeluwap)-outdoor. Tujuannya adalah utk membuang segala kotoran degil yg susah nk kluar.
Boleh Spray chemical kt Blower jugak...
Lepas Spray chemical, Bilas pulak dgn air..jgn biar lama2.
Kat bawah ni plak, sirip tempat angin sejuk keluar..Just sembur air je dan buang habuk.
Dah siap semua, Biarkan semua component kering sebelum reinstall
Agak2 da kering, Gantung balik Indoor unit ke tempatnya..
Pasang evaporator & electrical cover dulu..
Pastu,Pasang Filter plak..Kalau "Normal Service", Just cuci Filter Hitam ni je pastu pasang balik. Cuci guna air je,utk buang habuk. Check ler 2 bulan skali atau bila2 terasa nk check.
Dah pasang Filter, Last skali pasang cover depan dan ketatkan skru (jika ada)
Untuk outdoor unit plak,Pasang balik kedua2 paip kuprum.. Pastikan ianya di pasang dgn betul utk mengelakkan Leaking..
Dah siap sambung paip, Laraskan injap dgn menggunakan ellenkey.
Kedua2 Paip dah sambung, skang electrical connection plak..
Dah siap pasang semua, skru pun dah pasang Skang Bole la topup Gas.
Ni la ghupa Gas Fluor 410A yg mesra alam,bebas CFC "cloroflourocarbon"(betoi ka eja ni),tidak beracun dan tidak mudah terbakar..Kalau dulu a/c guna gas R12 R22,tp gas ni x bape elok sebab dikhuatiri dapat mengikis lapisan ozone. (mengikis ke menghakis)..
Mcm ni la cara sambungan untuk topup Gas. Hos Guage biru sambung pd a/c(aircond, bukan aircraft) dan Hos Kuning(tengah) sambung pd tong Gas.
Kandungan Gas kena ambik tahu jugak takut nt kena tipu.. tak topup kata topup. Kandungan gas a/c tak sama,refer manual la. Tp aku punya Sepatutnya 150..kt guage tu cuma 120,so kurang 30. Sebelum dia cabut tu,Pastikan Gas cukup. Gas tak cukup,kesian kt Compressor.. keja lebih.(gaji sama).
Dah siap topup gas..Boleh ON aircond dan tunggu sampai sejuk. Pastikan juga xde bunyi2 pelik..kalo ada jugak,maknanya ada benda longgar..Kena bukak balik dan ketatkan dgn betul.
Bancuh simen sket..ikut warna dinding rumah ler.. Simen ni untuk tutup Lubang Paip.
Lubang ni kena tutup..sebab bilik kena kedap udara, lagi satu takut menjadi laluan binatang kecik keluar masuk..
Dah Siap suma Boleh lah Bayar. Kalau a/c biasa RM80 je rasanya. A/c inverter mahal sket maintenance nya, itu je lah kelemahan dia,yg lain setakat ni sume ok..
Service charge utk overhaul ataupun Chemical service Aircond Inverter 1hp = RM110. Ni paling murah aku jumpa. Kedai lain sume nak RM150. Kalo nk panggil depa ni,bole contact no.phone kt resit tu, tp area pneng,butterworth dan kulim je la. Lain2 tempat cari kontraktor lain la,mcm2 company ada kt lua sana..Ok Ler,Cau dulu. Thanks singgah..hhee :)