Senang ke susah jadi Wasit Juri di Pertandingan Silat??

Seringkali kita mendengar ungkapan "wasit curang" atau Wasit berat sebelah. Apakah anda tahu bagaimana cabaran untuk menjadi seorang Wasit atau Juri? Pelbagai tomahan dilemparkan kepada Wasit/Juri. Jika anda tiada di tempat mereka, sudah tentu susah untuk menghuraikannya bukan?

Terlebih dahulu saya jelaskan apa itu Wasit Dan apa itu Juri. Wasit adalah seorang berbaju putih atau Petugas yang akan berada di tengah gelanggang dan yang akan mengawal pertandingan dalam gelanggang. Banyak lagi tugas Wasit seperti menghentikan perlawanan, memberi teguran atas kesalahan ringan atau berat, dan juga menjaga Keselamatan pesilat Dalam gelanggang..
Gambat diatas adalah petugas WASIT.

Manakala Juri Pula adalah petugas Yang akan mengira markah. Mereka akan berada di sekeliling gelanggang dan sentiasa memerhatikan serta mencatat pungutan Mata Yang diperolehi oleh pesilat.
Gambar diatas adalah petugas JURI

Apakah keperluan seorang Wasit atau Juri?
Disini saya kongsikan sedikit info berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Sorang Wasit atau Juri perlulah memiliki Sijil wasit/Juri tahap III Sekarang-kurangnya. Mereka mesti mempunyai penglihatan yang tajam dan tidak boleh sesekali lalai semasa pertandingan berlangsung. Wasit Pula perlulah mempunyai kelincahan dan kebijaksanaan dalam mengawal pertandingan. Bagi saya, seorang wasit Yang fokus Dan  Aggressive, sudah tentu akan melancarkan sesuatu pertandingan. 

Petugas JURI Pula perlulah jujur dalam merekodkan markah. Sebarang kesilapan pada Kiraan markah oleh Juri akan menyebabkan kekalahan atau kemenangan kepada pihak Yang salah. Juri sesekali tidak boleh lalai atau berangan. Seroang juri haruslah mempunyai kesihatan Yang baik dari segi fizikal mahupun mental, ketika menjadi seorang petugas.

Gambar diatas adalah Barisan petugas pertandingan Dan Ketua Juri/Pertandingan.

Perkara yang paling mustahak semasa menjadi petugas WASIT ataupun Juri, Seeloknya, Mereka tidak boleh sesekali bergaul dengan pesilat yang akan bertanding. Ini kerana, akan menimbulkan pandangan tidak senang dari mana-mana pihak dan juga boleh jadi punca kepada tuduhan wasit atau Juri berat sebelah.
 Petugas Wasit/Juri perlulah bijak menguruskan keadaan jika Ada diantara pesilat yang bertanding adalah anak murid mereka ataupun ahli keluarga sendiri.
Gambar diatas adalah petugas PENJAGA MASA.

Penjaga masa turut memainkan peranan penting dalam Pertandingan. Kejujuran Dalam menentukan masa Yang sepatutnya adalah sangat mustahak kerana, dalam masa satu saat sahaja pelbagai serangan boleh berlaku dan menyebabkan pungutan Mata.
Kecurangan penjaga masa akan memberi peluang kepada pesilat dalam gelanggang untuk memungut Mata@markah. Oleh itu, penjaga masa seharusnya tidak boleh terpengaruh oleh mana-mana pihak Yang berkepentingan. 
Akhir kata, Jujur bukanlah Dalam sesuatu perkara sahaja tapi kejujuran seharusnya diterapkan dalam semua aspek serta Tindak tanduk kita seharian agar kita menjadi insan yang berjaya Di dunia Dan juga Akhirat.. insyaAllah.

Sekian Dari saya Sab Sayber Blog, don't forget to follow me. Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Parody filem mat kilau menarik minat ramai youtuber

Kesan dari aksi filem Mat Kilau,ramai youtuber mula melakonkan semula watak-watak dalam filem tersebut. Terdapat ramai youtuber yang mula membuat parody mengenal filem tersebut, Antara youtuber baru adalah channel YouTube d.i Topek.

Tak di sangka² video yang dibuat hanya sekadar suka-suka telah mendapat Perhatian penonton, dalam masa 2 hari sahaja, channel d.i Topek telah mencecah seribu subscriber.

Alhamdulillah, terima kasih kepada yang support hasil karya anak melayu kita. Tahniah buat Filem Mat Kilau Yang telah mencetus satu fenomena kebangkitan silat di seluruh Malaysia.

Jangan lupa saksikan aksi Dan telatah mencuit hati  kanak-kanak dalam channel d.i Topek dan sudilah untuk SUBSCRIBE. 

Thanks..see u next story from Sab Sayber.
Follow me!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!