Assalamualaikum... Alhamdulillah selesai sudah satu lagi majlis perkahwinan yg sempat aku pergi tghr td iaitu majlis perkahwinan Rahimi & ummi.. sama lak nama depa dua ni kt hujung2 tu ye, Apepun..TAHNIAH di ucapkan kepada mereka berdua.. Sebelum proceed dengan ucapan perkahwinan.. mari kita renung-renungkan sedikit tazkirah di bawah ni.. semoga berguna untuk di jadikan panduan kita bersama..
Menurut Abu Hurairah r.a. Apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan
berkata,
Maksudnya:
Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan
menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w di atas. Menurut beliau lagi, adalah Makruh kita mengucapkan "Semoga berbahagia dan banyak anak".
ok,lepas ni mari sama2 kita ubah cara kita, dan kita ikut cara Rasulullah s.a.w... setakat ni je ilmu yg sy ada,kalau silap atau ada nasihat..sila betulkan sy ;) kalau ada yg nak tahu dgn lebih lagi, bole tanya kat ustaz2 yg lebih arif la..k.
Jutaan Terima kasih juga kepada pengantin kerana sudi meluangkan masa untuk sesi pengambaran yg x formal ni.. kedua-dua pengantin memang sporting sgt..tetap senyum walaupun pic ni diambil dengan kamera hs "csl" je (made in china) :)..huhu.. thanks skali lagi dan semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan..amin..
tahniah buat mereka :D
BalasPadamthanks singgah:)
Padam