KERANA PENCUCI PINGGAN


Al-kisah aku dengan mertua. Agak lama kisah ni untuk aku flashback. Aku adalah menantu pertama dalam keluarga isteri. Aku Sangat lah kekok dan tidak pandai dalam banyak perkara. Tetapi aku bukanlah seorang looser, aku kuatkan diri mencuba pelbagai perkara demi menambat hati dan supaya senang mata memandang. Jauh sekali untuk nampak hebat.

Nak dijadikan cerita, suatu hari aku keluar bersama anak isteri dan martua. Aku dah lupa kena kami bergegas balik, hampir 1km Dari rumah, tiba-tiba mak mertua aku suruh berhenti nak beli PENCUCI PINGGAN. Aku agak berat untuk berhenti sebab setahun aku kami memang rushing nak balik. 

Tapi aku berhenti jugak, dengan pantas aku keluar kereta tolong belikan PENCUCI PINGGAN , aku sambar je apa yang aku nampak. Aku harap kepantasan aku membuatkan semua senang.

Tapi malangnya, jenama PENCUCI PINGGAN tu bukan yang mak mertua aku Nak. Mak mertua aku dengan pantas menunjukkan gaya tidak berkenaan dengan benda tu. Dia dengan cepat-cepat keluar dari kereta dan beli jenama yang dia suka. 

Aku terdiam dan terpaku. Ibarat terus dipanah petir. Aku tak terfikir mak mertua aku akan react sampai macam tu. Aku ingat dia akan ok je depan aku then lepas tu baru pergi cari lain. 

Aku terasa malu dan kesal dengan diri sendiri. Sebenarnya Kepantasan aku tu tiada makan pun dan sia-sia sahaja. 

Walaupun aku agak terasa waktu tu , aku tak pernah simpan dendam dengan mak mertua aku. kami ok je. Cuma aku lebih berhati-hati lepas kejadian tu.

Moralnya, setiap orang tak sama..jangan Kita cepat touching dengan Perangai orang Tua Kita Dan Kita kena terus belajar cara untuk jaga hari orang walaupun hati sendiri kadang-kadang sakit. 

Sekian dulu. Jumpa lagi next story.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CUCI KERETA DI CAR WASH Atau Cuci Sendiri


Zaman sekarang ni ramai yang sangat-sangat sibuk dengan kerja seharian sehinggakan perkara-perkara mudah pun tertangguh-tangguh. 

Bila melihat pada orang yang cuci kereta di car wash ni, rasa sangat tenang dan lega sebab boleh rehat tanpa mengeluarkan apa-apa tenaga. Alhamdulillah terdetik di hati atas Segala nikmat. 

Setiap orang ada function dia yang tersendiri. Tugas Kita tak sama, dan urgency Kita pun berlainan. Kadang terfikir bestnya kerja tak payah fikir apa , tonyoh je.. atau drive je. Tapi, hakikatnya, takdir Kita sudah ditentukan untuk kerja-kerja tertentu. 

Alhamdulillah, bersyukur selalu atas Segala kemudahan dan kelapangan waktu. Jangan sesekali merendahkan orang lain. 

Manusia yang berguna adalah manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. 

Sekian. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pegawai Hina Anggota bawahan

"Kau setakat lans koperal, kau tak layak, kau jadi pegawai dulu…pangkat dah lah rendah," itu tomahan dilemparkan seorang wanita dipercayai pegawai kanan polis kepada rakan sepasukan.

Kejadian itu tular selepas dua klip video berdurasi 24 dan 10 saat di muat naik di media sosial semalam dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. 

Tersebar satu video Di YouTube, Facebook, tiktok Dan semua group whatsup, kelihatan seorang wanita tempatan mencemuh seorang anggota polis berpangkat lans koperal sambil seorang lagi anggota cuba menenangkan keadaan.

Sekarang ni, siapa yg berlagak macam ocpd? Semoga mendapat pembalasan Yang setimpal buat pengajaran kepada semua tak Kira kaum, jangan berlagak bila dapat pangkat besar. Kaya sket dah berlagak. This is Malaysia..bangsa apa sahaja boleh dok Aman damai tak Macam negara lain, tindas umat Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Jam Tunggu Tren Di TBS

Ni cerita dia kalau korang Naik bas, then turun kat setsen TBS, biasanya bas malam akan sampai pukul 3 atau 4 pagi kat TBS, 
So Kebanyakan orang Yang sampai awal akan tidur sini dulu, sementara tunggu operasi tren atau bas.
Connection public transport Stesen bas TBS adalah dengan STESEN KOMUTER BANDAR TASEK SELATAN.
Tapi korang kena tunggu sampai pukul 6 pagi, baru stesen open.
so, lepak lah ramai². Ada Cara lain untuk cepat iaitu naik grab, AirAsia ride atau indriver, tapi harga Mahal sket la sebab awal pagi. Biasanya pagi² macam ni harga e hailing akan extra Rm10 Dari kilometer. contoh perjalanan untuk 20km..harga akan cecah rm30 lebih kurang, tak termasuk toll.
So alternative untuk jimat, tunggu Tren KTM.
Sementara tunggu Tren pukul 6, pergi la solat subuh kat surau dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Port Memancing Sembilang gelama duri Dan pari

Baru-baru ni saya Cuba memancing Di kawasan Yang baru bagi saya iaitu Di kawasan pantai robina Bagan ajam Butterworth.
Sesuai untuk bawa family, takde masalah. Orang memancing pun ramai. Yang Mandi Manda pun ramai jugak, tapi sebab kawasan Luas, selesa juga la.
Untuk memancing perlu masuk laluan sebelah court tennis ni, pagar hijau.
Dan anda akan jumpa kawasan bebatu macam ni, boleh cari mana² pokok untuk berteduh.
Semasa saya memancing, saya hanya setup batu atas,, guna Mata 2, so hasilnya..gelama Dan duri sahaja Yang mengena. Info dari brother kat sini, setup Sembilang lain sket katanya...tapi sebab saya hanya santai² sahaja,, so saya tak kisah sangat, janji Ada ikan je.
ikan apa ni ye??

ok gus, jumpa lagi, jgn lupa follow saya. bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Permulaan setting Iklan pada Blog with Google Ads

Hi semua, setelah sekian lama meninggalkan permainan iklan pada blog, baru sekarang tergerak hati untuk pasang kembali iklan pada blog. Semoga dengan Google Ads ni dapat lah saya menjana serba sedikit income dari blog, thanks support guys :).
Semoga istiqomah dalam blogging, Dan kepada semua rakan blogger.. welcome back and good luck. Please leave a trace, so that easy for me to comeback:) insyaAllah.

Happy Blogging,bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cara Keluarkan duit APC dari PTPTN

CARA KELUARKAN Duit APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) DARI PTPTN

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) adalah anugerah yang diberikan kepada seseorang anggota tidak kira sama ada mereka berada di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Had siling pemberian Anugerah khidmat cemerlang ialah tidak melebihi 8% jumlah anggota dalam sesebuah organisasi pada 31 Disember tahun penilaian. Hadiah yang diterima adalah Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan juga Hadiah Prestasi sebanyak RM1000.

Bagi anda yang menerima APC dan ingin mengeluarkan wang tersebut, begini merupakan caranya:
-Pergi ke cawangan PTPTN yang terdekat dengan anda.
-Isi borang pengeluaran tersebut.
-Kemukakan nombor akaun bank anda sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun anda. (Akaun mestilah atas nama anda sebagai pendeposit dan bukan akaun bersama).
-Hantar semula kepada PTPTN melalui serahan tangan atau melalui pos.
-Urusan anda selesai. Anda akan mendapat wang anda dalam masa 14 hari.
Anda juga boleh mengeluarkan wang APC tersebut yang asalnya daripada akaun SSPN anda melalui ATM Bank Islam mengikut cara yang sama untuk mengeluarkan duit daripada akaun SSPN anda.
Akhir kata, Jangan lupa bayar parking kereta sebelum anda disaman. 1Jam baru 40sen.

Good luck guys!
Tahniah semua.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Permulaan Yang sangat manual

Tanpa bertangguh saya mulakan langkah. Tanpa alatan yang canggih, saya teruskan rancangan. Segalanya bermula secara manual.
Demi cita-cita untuk berjaya, saya mesti bergerak. Bertangguh adalah ciri-citi orang gagal.
Inilah usaha permulaan saya. Nampak rumit tapi ianya seronok. Seronok bekerja Tanpa memikirkan  untung dan rugi.
Akhinya berjaya siapakah 4 balang yang pertama berisi 15 packet setiap satu balang. Alhamdulillah.

Langkah seterusnya.... insyaAllah, buat sticker product elok2.
Design dah siap!
Semoga terus istiqomah. Road to first RM100K. DOAKAN SAYA.
(ESTIMATED DISEMBER 2023.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Motivasi diri dalam berniaga

Dalam berniaga motivasi diri sangat mustahak untuk Kita terus bergerak dan bersemangat. Tanpa motivasi Yang tinggi, Kita pasti akan cepat mengalah dengan keadaan sedangkan Kita masih belum full throttle lagi pun.

Sedikit perkongsian bagaimana saya motivasi diri sebelum berniaga. semoga bermanfaat untuk para pembaca.

Tak kiralah product apa Yang Kita jual, semuanya Sama sahaja. Ianya bergantung pada Cara dan usaha Kita. Setelah berusaha dengan gigih kemudian barulah berserah pada Allah SWT atas kehendak rezekiNya pada kita.

1. Apapun Yang Kita jual. adakah Kita jaga dengan baik kebersihan dan keadaan product Kita?

2. Adakah Kita tahu, berapa ramai orang disekiling kawasan Kita? Adakah Kita sudah approach mereka semua, atau Kita hanya tggu merdeka datang?

3. Adakah pembeli membeli product Kita disebabkan mereka kesian atau product Kita memang betul2 power?

4. Jika makanan,Adakah product Kita boleh Di makan selalu? atau ianya bermusim?

5. Adakah harga Yang Kita jual mampu milik sesuai dengan kuantiti?

Lima personalan inilah Yang selalu bermain Di fikiran saya, Dan saya akan pastikan ianya menepati ciri-citi diatas. Semoga perniagaan saya Dan rakam pembaca semua maju , terus success Dan jangan mundur.

insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh ke saya jadi Jutawan Di Malaysia.

Inilah cerita angan-angan saya untuk jadi JUTAWAN.
Hi guys, sy ada satu project. I am jutawan.
teringin sangat nak jadi jutawan, setel semua hutang2. Boleh ke orang susah jadi jutawan, ataupun title jutawan ni milik orang Kaya yg memang ada harta je.

Sebenarnya kalau ikut logic, basic mathematic, kat Malaysia , rakyat ada lebih sejuta, kalau sorang bagi seringgit, sejuta la saya dapat kan. Tapi , soalnya, sapa nak bagi duit tiba², walaupun amount hanya singgit. nanti orang Kata senang wat duit, scammer la, dan macam² lagi.

Oleh itu, saya plan nak jual something. iaitu makanan. saya jual gajus goreng. sy jual murah je, satu packet Rm3.. modal Rm1.50 dan untung saya Rm1.50 , Kalau saya dapat jual sejuta. then jutawan la saya kan. :) haha.

Untuk dapat sejuta pelangan, saya jual online dan juga letak kat kedai². Berapa lama agaknya boleh dapat sejuta??. Tak mengapalah..janji Kita usaha, kejayaan milik Allah jua. Kepada yang sudi support saya boleh la beli ye. terima kasih banyak2 atas sokonngan anda. saya akan update next story. insyaAllah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senang ke susah jadi Wasit Juri di Pertandingan Silat??

Seringkali kita mendengar ungkapan "wasit curang" atau Wasit berat sebelah. Apakah anda tahu bagaimana cabaran untuk menjadi seorang Wasit atau Juri? Pelbagai tomahan dilemparkan kepada Wasit/Juri. Jika anda tiada di tempat mereka, sudah tentu susah untuk menghuraikannya bukan?

Terlebih dahulu saya jelaskan apa itu Wasit Dan apa itu Juri. Wasit adalah seorang berbaju putih atau Petugas yang akan berada di tengah gelanggang dan yang akan mengawal pertandingan dalam gelanggang. Banyak lagi tugas Wasit seperti menghentikan perlawanan, memberi teguran atas kesalahan ringan atau berat, dan juga menjaga Keselamatan pesilat Dalam gelanggang..
Gambat diatas adalah petugas WASIT.

Manakala Juri Pula adalah petugas Yang akan mengira markah. Mereka akan berada di sekeliling gelanggang dan sentiasa memerhatikan serta mencatat pungutan Mata Yang diperolehi oleh pesilat.
Gambar diatas adalah petugas JURI

Apakah keperluan seorang Wasit atau Juri?
Disini saya kongsikan sedikit info berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Sorang Wasit atau Juri perlulah memiliki Sijil wasit/Juri tahap III Sekarang-kurangnya. Mereka mesti mempunyai penglihatan yang tajam dan tidak boleh sesekali lalai semasa pertandingan berlangsung. Wasit Pula perlulah mempunyai kelincahan dan kebijaksanaan dalam mengawal pertandingan. Bagi saya, seorang wasit Yang fokus Dan  Aggressive, sudah tentu akan melancarkan sesuatu pertandingan. 

Petugas JURI Pula perlulah jujur dalam merekodkan markah. Sebarang kesilapan pada Kiraan markah oleh Juri akan menyebabkan kekalahan atau kemenangan kepada pihak Yang salah. Juri sesekali tidak boleh lalai atau berangan. Seroang juri haruslah mempunyai kesihatan Yang baik dari segi fizikal mahupun mental, ketika menjadi seorang petugas.

Gambar diatas adalah Barisan petugas pertandingan Dan Ketua Juri/Pertandingan.

Perkara yang paling mustahak semasa menjadi petugas WASIT ataupun Juri, Seeloknya, Mereka tidak boleh sesekali bergaul dengan pesilat yang akan bertanding. Ini kerana, akan menimbulkan pandangan tidak senang dari mana-mana pihak dan juga boleh jadi punca kepada tuduhan wasit atau Juri berat sebelah.
 Petugas Wasit/Juri perlulah bijak menguruskan keadaan jika Ada diantara pesilat yang bertanding adalah anak murid mereka ataupun ahli keluarga sendiri.
Gambar diatas adalah petugas PENJAGA MASA.

Penjaga masa turut memainkan peranan penting dalam Pertandingan. Kejujuran Dalam menentukan masa Yang sepatutnya adalah sangat mustahak kerana, dalam masa satu saat sahaja pelbagai serangan boleh berlaku dan menyebabkan pungutan Mata.
Kecurangan penjaga masa akan memberi peluang kepada pesilat dalam gelanggang untuk memungut Mata@markah. Oleh itu, penjaga masa seharusnya tidak boleh terpengaruh oleh mana-mana pihak Yang berkepentingan. 
Akhir kata, Jujur bukanlah Dalam sesuatu perkara sahaja tapi kejujuran seharusnya diterapkan dalam semua aspek serta Tindak tanduk kita seharian agar kita menjadi insan yang berjaya Di dunia Dan juga Akhirat.. insyaAllah.

Sekian Dari saya Sab Sayber Blog, don't forget to follow me. Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Parody filem mat kilau menarik minat ramai youtuber

Kesan dari aksi filem Mat Kilau,ramai youtuber mula melakonkan semula watak-watak dalam filem tersebut. Terdapat ramai youtuber yang mula membuat parody mengenal filem tersebut, Antara youtuber baru adalah channel YouTube d.i Topek.

Tak di sangka² video yang dibuat hanya sekadar suka-suka telah mendapat Perhatian penonton, dalam masa 2 hari sahaja, channel d.i Topek telah mencecah seribu subscriber.

Alhamdulillah, terima kasih kepada yang support hasil karya anak melayu kita. Tahniah buat Filem Mat Kilau Yang telah mencetus satu fenomena kebangkitan silat di seluruh Malaysia.

Jangan lupa saksikan aksi Dan telatah mencuit hati  kanak-kanak dalam channel d.i Topek dan sudilah untuk SUBSCRIBE. 

Thanks..see u next story from Sab Sayber.
Follow me!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nasi Arab Istimewa 2020

Assalamualaikum semua...

Senang,mudah dan Enak..itulah kata2 yg sesuai dgn hidangan nasi arab istimewa. Pek lengkap dgn beras dan semua bahan2 rempah. Cuma perlu beli lauk shj, samaada anda mahu ayam atau kambing.
Utk buat sos nasi arab, perlu juga kita beli sebiji tomato, 2 biji cili besar, (kalo nk pedas,bole tambah cili merah biasa tu), lemon( setengah biji,ambil air perahan shj), sedikit gula dan garam secukup rasa, terus blend tanpa memasukkan air.
Utk jelatah nasi arab pula, kita perlu belu sebatang timun, sbtang carrot, dan separuh lemon, potong ikut selera masing2, timun dan carrot dan perahkn lemon td dan tambah gula dan garam secukup rasa...siap!!

Selamat mencuba.
Satu pek nasi arab ni boleh dimakan sehingga 5 org dengan tambahan Ayam seekor..
Harga satu pek Rm20, if ada yang nk order boleh call atau wasap no.ni 013-5121510. c.o.d sekitar kulim, kedah dan butterworth p.pinang, selain dari 2 temapt ni, urusan pos turut disediakan.

gambar diatas adalah tambahan seekor ayam bersama 1pek nasi Arab.

masak atau tumis segala rempah, boleh ikut arahan pada belakang pek nasi Arab tersebut.
Arahan lengkap disediakan.

masak nasi bersama Ayam dan rempah..memang menyelerakan dan sangat wangi..

gambar diatas adalah untuk buat sambal nasi Ayam..Arahan lengkap juga turut disediakan di belakang pek nasi Ayam tersebut.

dah siap sambal nya...atau sos nasi Ayam.

okey, ni plak gambar jelatah atau sayur untuk nasi ayam.. senang je..timun,tomato,carrot, gula garam dan perahan air lemon, kalau nk bau dan rasa lain sket, boleh tambah daun ketumbar.. (bagi yang gemar) sesetengah orang tak berapa suka dengan bau daun ketumbar.
dah siap!! sangat mudah geng.. selamat mencuba..
Nak order pek nasi Arab? call@ wasap 013-5121510
thanks singgah sini..jgn lupa follow  blog saya insyaAllah banyak lagi cerita menarik akan di update selepas ini.. bye2 :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KEMBALI BERAKSI

Assalamualaikum wbt...

Hi rakan2 blogger, lama tak bersua, blog memang bersawang tahap gaban.. So,hari ni insyaallah dengan adanya laptop baru, (laptop 2nd sebenarnya)..semoga kita dapat berkongsi info2 atau tips2 yang bermanfaat dalam menjalani kehidupan seharian kita..

Inilah dia laptop buat sementara waktu ni, brand Fujitsu dari japan harga dalam RM500 windows 7, i3, Ram 4GB..jadila kan dari xde. cerita dia laptop lama screen pecah kena pijak..haha..
so,mudah-mudahan dengan adanya laptop ni..dapatlah beraksi kembali sebagai blogger.. thanks yang sudi singgah sini, boleh bertukar-tukar link...silakan...di ruang komen.. nanti saya akan melawat blog anda kembali..okey..

Agak susah sket menaip guna laptop ni sebab keypad dia ada huruf japan skali so,susunan huruf sama cuma simbol2 ada yg beralih tempat..ok,guys nantikan entry yg berinformasi dari saya buat rakan2 semua..insyaAllah sampai sini dulu entry pertama a.k.a cuci sawang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kehidupan yg mencabar...

Penat sungguh rasa badan, kesana sini mencari... demi kelangsungan hidup..jika dulu masa mgkin byk tp sekarang x lg... masa sentiasa "tiada masa"

Kadang2 terfikir..adakah betul cara ini,atau perlu d teliti balik..

Walaupun rezeki bertambah tetapi hati dpt rasa ilmu akhirat semakin berkurang..kerana sibuk mencari harta dunia..

Sekarang badan dah mula menunjukkan simpton2 sakit.. ada byk mana "masa" ,lg agaknya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sportlight untuk ktns rs3

Assalamualaikum...
Salam sejahtera warga ktns rs3..entry ni khas untuk anda... berita baik bg yg berhajat untuk memasang sportlight pada motosikal anda...sy ada menyediakan full package complete set..
Mcm ni la lebih kurang barang2 nya.. main component lampu, relay dan switch..yg lain wiring mcm biasa la..
Okey..kat sini sy sediakan juga cara sambungannya...kalau tak biasa buat boleh hantar kedai la..atau nk saya pasangkan pun bole..bole call/wasap sy sekitar kulim butterworth dan kawasan yg berhampiran..in syaa allah.
Gambar hiasan dan tempat yg dicadangkn untuk letak sportlight..
Tahap kecerahan yg sgt terbaik setakat ni
Set sportlight yg sgt cun dan tahan lasak serta low power consumption
Ada macam2 jenis handle switch..bole pilih mengikut citarasa anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!