Al-kisah aku dengan mertua. Agak lama kisah ni untuk aku flashback. Aku adalah menantu pertama dalam keluarga isteri. Aku Sangat lah kekok dan tidak pandai dalam banyak perkara. Tetapi aku bukanlah seorang looser, aku kuatkan diri mencuba pelbagai perkara demi menambat hati dan supaya senang mata memandang. Jauh sekali untuk nampak hebat.
Nak dijadikan cerita, suatu hari aku keluar bersama anak isteri dan martua. Aku dah lupa kena kami bergegas balik, hampir 1km Dari rumah, tiba-tiba mak mertua aku suruh berhenti nak beli PENCUCI PINGGAN. Aku agak berat untuk berhenti sebab setahun aku kami memang rushing nak balik.
Tapi aku berhenti jugak, dengan pantas aku keluar kereta tolong belikan PENCUCI PINGGAN , aku sambar je apa yang aku nampak. Aku harap kepantasan aku membuatkan semua senang.
Tapi malangnya, jenama PENCUCI PINGGAN tu bukan yang mak mertua aku Nak. Mak mertua aku dengan pantas menunjukkan gaya tidak berkenaan dengan benda tu. Dia dengan cepat-cepat keluar dari kereta dan beli jenama yang dia suka.
Aku terdiam dan terpaku. Ibarat terus dipanah petir. Aku tak terfikir mak mertua aku akan react sampai macam tu. Aku ingat dia akan ok je depan aku then lepas tu baru pergi cari lain.
Aku terasa malu dan kesal dengan diri sendiri. Sebenarnya Kepantasan aku tu tiada makan pun dan sia-sia sahaja.
Walaupun aku agak terasa waktu tu , aku tak pernah simpan dendam dengan mak mertua aku. kami ok je. Cuma aku lebih berhati-hati lepas kejadian tu.
Moralnya, setiap orang tak sama..jangan Kita cepat touching dengan Perangai orang Tua Kita Dan Kita kena terus belajar cara untuk jaga hari orang walaupun hati sendiri kadang-kadang sakit.
Sekian dulu. Jumpa lagi next story.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'www.yieweezer5915.blogspot.com' Best View on--->
GOOGLE CHROME!!