Cara Keluarkan duit APC dari PTPTN

CARA KELUARKAN Duit APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) DARI PTPTN

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) adalah anugerah yang diberikan kepada seseorang anggota tidak kira sama ada mereka berada di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Had siling pemberian Anugerah khidmat cemerlang ialah tidak melebihi 8% jumlah anggota dalam sesebuah organisasi pada 31 Disember tahun penilaian. Hadiah yang diterima adalah Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan juga Hadiah Prestasi sebanyak RM1000.

Bagi anda yang menerima APC dan ingin mengeluarkan wang tersebut, begini merupakan caranya:
-Pergi ke cawangan PTPTN yang terdekat dengan anda.
-Isi borang pengeluaran tersebut.
-Kemukakan nombor akaun bank anda sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun anda. (Akaun mestilah atas nama anda sebagai pendeposit dan bukan akaun bersama).
-Hantar semula kepada PTPTN melalui serahan tangan atau melalui pos.
-Urusan anda selesai. Anda akan mendapat wang anda dalam masa 14 hari.
Anda juga boleh mengeluarkan wang APC tersebut yang asalnya daripada akaun SSPN anda melalui ATM Bank Islam mengikut cara yang sama untuk mengeluarkan duit daripada akaun SSPN anda.
Akhir kata, Jangan lupa bayar parking kereta sebelum anda disaman. 1Jam baru 40sen.

Good luck guys!
Tahniah semua.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'www.yieweezer5915.blogspot.com' Best View on--->
GOOGLE CHROME!!

"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!