SUJUD SYUKUR

(((ASSALAMUALAIKUM...WBT..)))
Setinggi-tinggi rasa syukur kehadrat Ilahi diatas segala nikmat dan rezeki..Ingatlah bahawa segala rezeki yg di perolehi adalah daripada Allah swt dan hanya dengan Izin Allah semuanya..dan tiada daya serta kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah swt.

Janganlah sesekali kita lupa dengan segala nikmat dan kebahagian ataupun "happiness" yg kita kecapi hari ni dan seterusnya..kerana ianya tidak lain tidak bukan hanya dari Allah swt.

Ok,tu dia intro..sebenarnya entry hari ni just nak share cara 
"sujud syukur"

Baiklah,Sujud syukur biasanya dilakukan apabila mendapat nikmat dari Allah swt ataupun sesuatu hajat yg telah tercapai..Nikmat disini maksudnya nikmat yg besar dan jarang2 berlaku.. kalau macam nikmat dapat minum, dapat menghirup udara, dapat tido dgn lena..itu pun nikmat dari Allah jugak dan semestinya perlu bersyukur..tp sujud syukur ni biasanya di buat bila dapat sesuatu yg "Woww"..masyaallah.. dan tidak kita jangka, seperti dapat hadiah kereta BMW dan  lain2 la...ikut pada keadaan seseorang jugak. Kadang2 bila orang miskin dapat hadiah RM1000 pun bagi dia dah cukup besar..So,boleh sujud syukur. Hukumnya adalah Sunat.

Cara-cara sujud syukur:
1ST mestilah BERWUDUK, MENUTUP AURAT DAN 
MENGADAP QIBLAT.

1.  NIAT.  ("sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala")
2. TAKBIRATUL IHRAM.(angkat tangan seperti takbir dalam solat)
3. TERUS SUJUD SEKALI. (bacalah bacaan biasa seperti sujud dalam solat)
4. SALAM. (sebutlah "assalamualaikum warahmatullah..")

Setakat ini sahaja ilmu yg saya ada, Sekiranya ada kekhilafan saya disini, saya sedia menerima teguran.. amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 ulasan:

'www.yieweezer5915.blogspot.com' Best View on--->
GOOGLE CHROME!!

"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!