Petua Merawat Kuning (Jaundis)

(((Assalamualaikum...wbt)))
Disaat menunggu kelahiran, Setiap Ibu bapa mesti mengimpikan anak yang sihat dan comel..dan sudah tentu sayunya hati apabila melihat anak yang dilahirkan sihat tiba2 disahkan mengalami masalah. Jaundis atau penyakit kuning biasanya berlaku ketika awal kelahiran bayi..tapi tak semua yg kena jaundis ni, ada beberapa faktor yang mempengaruhi jaundis ni..antaranya ibu ayah berdarah "O" ataupun baby lahir tak cukup bulan dan lain2 lg.. Tahap bacaan jaundis yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kecacatan pada sistem pendengaran dan otak jika tidak dikawal.

Terdapat pelbagai petua untuk mengawal penyakit ini, jika bayi di masukkan ke hospital.. bayi tersebut akan melalui rawatan fototerapi, tetapi jika di rumah..bermacam-macam cara yang boleh di cuba mengikut kesesuaian..

Antara petua2 yg selalu di amalkan:-
1. Jemur di bawah sinaran matahari pagi, antara jam 8 hingga 10 pagi (jgn jemur lama2 nanti hangus lak baby)

2. Cuba berikan bayi anda air zam-zam..insyaallah air zam-zam ubat segala penyakit. Biasanya terdapat doa pada botol..boleh amalkan.

3. Terdapat juga ubat Homoepathy untuk Jaundis. Ubat yang 100% berasaskan herba. 2 botol ni berharga Rm25 sahaja. Boleh juga cuba, mana tahu sesuai dengan bayi anda.

4. Petua orang tua2..cuba mandikan bayi anda dengan air kucai..ada juga yg cuba air inai atau air serai wangi..usahalah mana yang termampu dan bertawakkal lah pada Allah swt.

5. Ada juga yg bgtau cuba bagi bayi anda minum air halwa dan dengar2 kalau kat hospital swasta depa ada bagi air blackcurrant..pun boleh cuba jugak..tengok mana yg sesuai.

6. Satu lagi petua yg femes..iaitu cuba bagi air anggur hitam. Ada juga yg kata air anggur hijau tapi pastikan anggur yg tiada biji.

7. Ini pulak Air mutiara..biasanya mutiara ni terdapat di kedai ubat cina.. Beli serbuk mutiara dan balik rumah bancuh dengan air...tapi skang kat farmasi dah ada jual siap2 "air mutiara". Botol sama mcm air cap badak..tapi harga mahal sket..sebotol air mutiara ni RM3.00

8. Dan petua yang last skali.."sengkuang cina"(water chestnut) femes jugak ni..ramai yg suggest bagi sengkuang cina kalau baby kuning..caranya, kupas kulit dan perah isinya utk dapatkan air. Boleh beli kat pasar2 pagi atau ada jugak kat pasaraya. Harga satu uncang ni dalam RM5 sahaja.
Setakat ni je untuk perkongsian kali ni..mudah-mudahan segala usaha kita di berkati oleh Allah swt dan sebagai seorang muslim kita seharusnya yakin bahawa walau sekuat mana pun usaha kita..tiada sembuh melainkan Allah yang sembuhkan dan tiada daya serta kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah swt.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 ulasan:

  1. Petua mujarab... Bf je byk2...
    Saya datang ziarah, baca entry dan follow...
    Moga diberkati dan dirahmati Allah selalu... :-)

    BalasPadam
  2. Salam mesra..

    Jemput join Segmen Bloglist Mei-Jun CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html

    BalasPadam

'www.yieweezer5915.blogspot.com' Best View on--->
GOOGLE CHROME!!

"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!