10 TEKNIK TERBAIK PEMANDUAN YG SELAMAT

        Assalamualaikum...Masih ramai lagi di antara kita yg belum betul2 faham tentang teknik atau ramalan semasa memandu, Teknik ini sangat penting untuk kita belajar berfikir 2-3 langkah ke hadapan..Bak kata bidalan " sediakan payung sebelum hujan"..Jom lihat apakah tekniknya :-

Gambar Hiasan..xde kena-mengena..

1. BACA KEADAAN JALAN - Lebih jauh anda memerhati kehadapan, lebih byk masa yg anda ada utk mengesan dan bertindak balas terhadap bahaya.

2. MENJANGKA KEADAAN - Gunakan kelebihan "melihat pada jarak jauh" utk menjangka masalah yg mungkin anda hadapi. Buat rancangan awal bg mengelak drpd membuat keputusan pd saat2 akhir.

3. GUNAKAN PERATURAN 2 SAAT - Tandakan satu kedudukan dihadapan,seperti tiang lampu dan tunggu sehingga kenderaaan dihadapan melepasinya. kenudian kira 2 saat,sbg cth dgn berkata "satu ribu satu...satu ribu dua". Jika anda melepasi penanda sblum selesai membilang,jarak anda terlalu rapat. Gandakan kiraan itu pada hari hujan atau jika terdapat motosikal dihadapan anda.

4. BERI TUMPUAN - pada kelajuan 110km/j jarak utk memberhentikan kenderaan adalah sejauh sebuah padang bola. Justeru,kemalangan bole berlaku jika anda teralih tumpuan walaupun sesaat.

5. JANGKAKAN TERBURUK - Jgn anggap pemandu lain menyedari kehadiran anda atau akan bertindak spt yg anda jangka-dan jgn bergantung pd tindak balas org lain utk menyelamatkan anda.

6. LIHAT BELAKANG DAN SISI - Gunakan cermin dgn kerap supaya anda memiliki pemerhatian 360 darjah di sekeliling anda. imbas kebelakang sblm bertukar lorong bg mengatasi masalah "blind spot"

7. KEKALKAN RUANG SELAMAT - Ruang yg selamat bermakna anda ada lebih byk masa utk menangani sebarang kemungkinan bahaya.

8. KEKALKAN KECERGASAN - Keletihan merupakan faktor utama dlm kemalangan. Ambil masa rehat sekurang-kurangnya 15 minit selepas setiap 2 jam memandu.

9. JGN BERGERAK MENGEJUT - Cuba elakkan membrek dgn mengejut, ingat!! ramalan awal sgt penting..walaubgmanapun, Anda juga perlu bersedia menghadapi pergerakan mengejut kenderaan lain.

10. BELAJAR DARIPADA KESILAPAN - Kemalangan nyaris-nyaris biasa berlaku kpd kebanyakan org. Anda perlu memikirkan cara utk mengelak kejadian yg sama drpd berulang, walaupun anda pasti kesilapan terletak di tangan pemandu lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 ulasan:

'www.yieweezer5915.blogspot.com' Best View on--->
GOOGLE CHROME!!

"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!