Assalamualaikum..wbt
Setiap yang hidup pasti menemui mati, dan tidak ada yang boleh menjamin bahawa seseorang akan hidup pada esok hari dan melakukan apa yg dilakukan nya hari ini.. Hari ini kita dapat bernafas, mengerdipkan mata, bercakap, bergelak ketawa..tp esok belum tentu..Jadi marilah sama-sama kita renungkan seketika bagaimana agaknya bila tiba giliran kita nanti? Apa yang pasti "Yang paling hampir dengan kita adalah MATI"
Ok..ni lah rupa bentuk keranda yang di litupi
Bendera Malaysia dan Bendera Tudm.
Setiap Anggota Tentera yg Meninggal dunia akan diletakkan dlm keranda ni dan akan dibawa sehingga ke tanah perkuburan, terpulanglah pada waris si mati samaada mahu di tanam bersama keranda ataupun tanpa keranda.
Semasa di tanah perkuburan, bendera akan diangkat dari keranda dan dilipat oleh anggota pengusung..
Setiap Anggota yang terlibat semasa pengebumian dilatih untuk menguruskan majlis pengebumian dari A sampai Z, termasuklah cara melipat bendera dengan betul.
Bendera yang siap dilipat akan diberikan pada wakil Pegawai dan seterusnya akan diserahkan pada waris si mati sebagai tanda kenangan dari pihak Tentera.
Katakanlah: "Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri drpd kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar drpd kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
'www.yieweezer5915.blogspot.com' Best View on--->
GOOGLE CHROME!!