Penganugerahan Panji-Panji Kepada No 11, 12 Dan 15 Skuadron

..Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, Selesai sudah Majlis Penganugerahan panji-panji yg berlangsung pada 12 Disember 2013 di Pangkalan Udara Subang. Penganugerahan Panji-panji ini telah mencatatkan satu lagi tintah sejarah dalam TUDM yang menyaksikan No 11, No 12 dan No15 Skuadron mendapat perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong untuk dianugerahkan panji-panji.
Penganugerahan panji-panji ini merupakan satu pengiktirafan yang tinggi yang diberikan bagi mengenang jasa, sumbangan dan pengorbanan warga TUDM dalam mempertahankan kedaulatan tanah air. Panji-panji ini juga adalah satu simbol kepahlawanan yang sewajarnya disanjung dan dipertahankan oleh semua warga TUDM.
Seramai 26 pegawai dan 363 anggota lain-lain pangkat telah terlibat dalam perbarisan Istiadat Penganugerahan Panji-panji Skuadron berkenaan yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Azman bin Jantan TUDM. Istiadat perbarisan ini juga turut diserikan dengan terbang lintas pesawat TUDM.
Apa itu Panji-Panji?? 
Istilah Panji-Panji adalah berasal dari "bendera" yang digunakan oleh sesuatu ketumbukan Angkatan Tentera pada zaman dahulu.
 Apakah tujuan panji-panji(bendera) ini dibawa ke medan perang??
Ia adalah sebagai lambang kekuatan dan kuasa raja bagi satu pasukan dan juga sebagai tanda kedudukan tertinggi ketua atau Panglima perang yang mengetuai sesuatu ketumbukan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah 
Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam 
Shah selaku Kolonel Yang Di-Pertua Tentera Udara Diraja Malaysia 
menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Panji-panji Skuadron kepada No 11, 12 dan 15 Skuadron.
Sejarah telah membuktikan betapa pentingnya panji-panji dalam mengekalkan semangat juang, moral dan identiti sesuatu perkhidmatan dan pasukan. Panji-panji yang di anugerahkan hendaklah sentiasa dipelihara dan dipertahankan sehingga ketitisan darah yang terakhir dan "tiada perbuatan yang lebih hina kepada sesuatu Pasukan Tentera dari membiarkan panji-panji jatuh ke tangan musuh."
Sesi taklimat dan latihan...bape la agaknya suhu time ni..
Latihan dihentikan serta-merta apabila terdengar laugan azan 
menandakan masuknya waktu Zohor..
kalo tak hangus muka, bukan "parade" namanya..
Aktiviti malam sebelum hari sebenar, Anggota Perbarisan berkumpul untuk menyaksikan semula "rehearsal" dan mengenal pasti kesilapan masing2 bagi memantapkan lagi persembahan pada hari sebenar.
 Aktiviti Petang "Slow jogg" tapi da jadi "slow walk"...
di tambah pula dengan "big talk".. :)
Aktiviti malam sebelum tido..prepare kasut. 
That's all i have...Tahniah kepada semua anggota perbarisan kerana 
telah melakukan persembahan yg terbaik... challo!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 ulasan:

'www.yieweezer5915.blogspot.com' Best View on--->
GOOGLE CHROME!!

"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!