Assalamualaikum...wbt.
1st time dpt ikan baji ni..teringin jugak nak rasa isinya, ada yg kata sedap..ada jugak yg tak lalu nak makan pastu da tak tau rasa apa. Papepn jom tgk apa yg boleh dibuat ngan baji ni. Ikan Baji ni da siap potong kepala dan buang sisik serta durinya yg tajam.
Kupas bawang besar 2biji, bawang putih 3biji, cili merah 3 batang dan cili boh 4 sudu besar. Simple sgt bahan2 nya..garam & gula tu secukup rasa..
Ini la ghupa ikan baji yg sebenar..hodoh yg amat..sebab tu la ada yg tak mau ikan ni.. tapi yg pernah makan si Baji ni..pasti nak lagi...sebab rasa isinya yg sedap..lebih sedap dari ikan bawal dan lebih kurang macam ikan siakap rasa isinya..
Mula2 goreng ikan baji ni bersama garam kunyit. Goreng garing.
Pastu campur sumua bahan tumisan td dan masak sehingga pecah minyak. Jgn lupa boh garam dan gula secukup rasa dan kalau nak lg sedap macam kat kedai tu..perahkan 3 biji limau kasturi..ambil jus nya sahaja.
Agak-agak sambal dah masak...masukan ikan yg di goreng garing td. Kacau-kacau kejap pastu tutup api dan boleh angkat.
Da siap!! sangat simple dan sangat sedap.. kat pasar pun ada jugak ikan ni kadang2. Kepada yg blom rasa lagi..pasni boleh try k..bye2!
Bagus... Saya first time dpt tq for information
BalasPadam