Pegawai Hina Anggota bawahan

"Kau setakat lans koperal, kau tak layak, kau jadi pegawai dulu…pangkat dah lah rendah," itu tomahan dilemparkan seorang wanita dipercayai pegawai kanan polis kepada rakan sepasukan.

Kejadian itu tular selepas dua klip video berdurasi 24 dan 10 saat di muat naik di media sosial semalam dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. 

Tersebar satu video Di YouTube, Facebook, tiktok Dan semua group whatsup, kelihatan seorang wanita tempatan mencemuh seorang anggota polis berpangkat lans koperal sambil seorang lagi anggota cuba menenangkan keadaan.

Sekarang ni, siapa yg berlagak macam ocpd? Semoga mendapat pembalasan Yang setimpal buat pengajaran kepada semua tak Kira kaum, jangan berlagak bila dapat pangkat besar. Kaya sket dah berlagak. This is Malaysia..bangsa apa sahaja boleh dok Aman damai tak Macam negara lain, tindas umat Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Jam Tunggu Tren Di TBS

Ni cerita dia kalau korang Naik bas, then turun kat setsen TBS, biasanya bas malam akan sampai pukul 3 atau 4 pagi kat TBS, 
So Kebanyakan orang Yang sampai awal akan tidur sini dulu, sementara tunggu operasi tren atau bas.
Connection public transport Stesen bas TBS adalah dengan STESEN KOMUTER BANDAR TASEK SELATAN.
Tapi korang kena tunggu sampai pukul 6 pagi, baru stesen open.
so, lepak lah ramai². Ada Cara lain untuk cepat iaitu naik grab, AirAsia ride atau indriver, tapi harga Mahal sket la sebab awal pagi. Biasanya pagi² macam ni harga e hailing akan extra Rm10 Dari kilometer. contoh perjalanan untuk 20km..harga akan cecah rm30 lebih kurang, tak termasuk toll.
So alternative untuk jimat, tunggu Tren KTM.
Sementara tunggu Tren pukul 6, pergi la solat subuh kat surau dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Port Memancing Sembilang gelama duri Dan pari

Baru-baru ni saya Cuba memancing Di kawasan Yang baru bagi saya iaitu Di kawasan pantai robina Bagan ajam Butterworth.
Sesuai untuk bawa family, takde masalah. Orang memancing pun ramai. Yang Mandi Manda pun ramai jugak, tapi sebab kawasan Luas, selesa juga la.
Untuk memancing perlu masuk laluan sebelah court tennis ni, pagar hijau.
Dan anda akan jumpa kawasan bebatu macam ni, boleh cari mana² pokok untuk berteduh.
Semasa saya memancing, saya hanya setup batu atas,, guna Mata 2, so hasilnya..gelama Dan duri sahaja Yang mengena. Info dari brother kat sini, setup Sembilang lain sket katanya...tapi sebab saya hanya santai² sahaja,, so saya tak kisah sangat, janji Ada ikan je.
ikan apa ni ye??

ok gus, jumpa lagi, jgn lupa follow saya. bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Permulaan setting Iklan pada Blog with Google Ads

Hi semua, setelah sekian lama meninggalkan permainan iklan pada blog, baru sekarang tergerak hati untuk pasang kembali iklan pada blog. Semoga dengan Google Ads ni dapat lah saya menjana serba sedikit income dari blog, thanks support guys :).
Semoga istiqomah dalam blogging, Dan kepada semua rakan blogger.. welcome back and good luck. Please leave a trace, so that easy for me to comeback:) insyaAllah.

Happy Blogging,bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cara Keluarkan duit APC dari PTPTN

CARA KELUARKAN Duit APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) DARI PTPTN

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) adalah anugerah yang diberikan kepada seseorang anggota tidak kira sama ada mereka berada di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Had siling pemberian Anugerah khidmat cemerlang ialah tidak melebihi 8% jumlah anggota dalam sesebuah organisasi pada 31 Disember tahun penilaian. Hadiah yang diterima adalah Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan juga Hadiah Prestasi sebanyak RM1000.

Bagi anda yang menerima APC dan ingin mengeluarkan wang tersebut, begini merupakan caranya:
-Pergi ke cawangan PTPTN yang terdekat dengan anda.
-Isi borang pengeluaran tersebut.
-Kemukakan nombor akaun bank anda sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun anda. (Akaun mestilah atas nama anda sebagai pendeposit dan bukan akaun bersama).
-Hantar semula kepada PTPTN melalui serahan tangan atau melalui pos.
-Urusan anda selesai. Anda akan mendapat wang anda dalam masa 14 hari.
Anda juga boleh mengeluarkan wang APC tersebut yang asalnya daripada akaun SSPN anda melalui ATM Bank Islam mengikut cara yang sama untuk mengeluarkan duit daripada akaun SSPN anda.
Akhir kata, Jangan lupa bayar parking kereta sebelum anda disaman. 1Jam baru 40sen.

Good luck guys!
Tahniah semua.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Permulaan Yang sangat manual

Tanpa bertangguh saya mulakan langkah. Tanpa alatan yang canggih, saya teruskan rancangan. Segalanya bermula secara manual.
Demi cita-cita untuk berjaya, saya mesti bergerak. Bertangguh adalah ciri-citi orang gagal.
Inilah usaha permulaan saya. Nampak rumit tapi ianya seronok. Seronok bekerja Tanpa memikirkan  untung dan rugi.
Akhinya berjaya siapakah 4 balang yang pertama berisi 15 packet setiap satu balang. Alhamdulillah.

Langkah seterusnya.... insyaAllah, buat sticker product elok2.
Design dah siap!
Semoga terus istiqomah. Road to first RM100K. DOAKAN SAYA.
(ESTIMATED DISEMBER 2023.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Motivasi diri dalam berniaga

Dalam berniaga motivasi diri sangat mustahak untuk Kita terus bergerak dan bersemangat. Tanpa motivasi Yang tinggi, Kita pasti akan cepat mengalah dengan keadaan sedangkan Kita masih belum full throttle lagi pun.

Sedikit perkongsian bagaimana saya motivasi diri sebelum berniaga. semoga bermanfaat untuk para pembaca.

Tak kiralah product apa Yang Kita jual, semuanya Sama sahaja. Ianya bergantung pada Cara dan usaha Kita. Setelah berusaha dengan gigih kemudian barulah berserah pada Allah SWT atas kehendak rezekiNya pada kita.

1. Apapun Yang Kita jual. adakah Kita jaga dengan baik kebersihan dan keadaan product Kita?

2. Adakah Kita tahu, berapa ramai orang disekiling kawasan Kita? Adakah Kita sudah approach mereka semua, atau Kita hanya tggu merdeka datang?

3. Adakah pembeli membeli product Kita disebabkan mereka kesian atau product Kita memang betul2 power?

4. Jika makanan,Adakah product Kita boleh Di makan selalu? atau ianya bermusim?

5. Adakah harga Yang Kita jual mampu milik sesuai dengan kuantiti?

Lima personalan inilah Yang selalu bermain Di fikiran saya, Dan saya akan pastikan ianya menepati ciri-citi diatas. Semoga perniagaan saya Dan rakam pembaca semua maju , terus success Dan jangan mundur.

insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Boleh ke saya jadi Jutawan Di Malaysia.

Inilah cerita angan-angan saya untuk jadi JUTAWAN.
Hi guys, sy ada satu project. I am jutawan.
teringin sangat nak jadi jutawan, setel semua hutang2. Boleh ke orang susah jadi jutawan, ataupun title jutawan ni milik orang Kaya yg memang ada harta je.

Sebenarnya kalau ikut logic, basic mathematic, kat Malaysia , rakyat ada lebih sejuta, kalau sorang bagi seringgit, sejuta la saya dapat kan. Tapi , soalnya, sapa nak bagi duit tiba², walaupun amount hanya singgit. nanti orang Kata senang wat duit, scammer la, dan macam² lagi.

Oleh itu, saya plan nak jual something. iaitu makanan. saya jual gajus goreng. sy jual murah je, satu packet Rm3.. modal Rm1.50 dan untung saya Rm1.50 , Kalau saya dapat jual sejuta. then jutawan la saya kan. :) haha.

Untuk dapat sejuta pelangan, saya jual online dan juga letak kat kedai². Berapa lama agaknya boleh dapat sejuta??. Tak mengapalah..janji Kita usaha, kejayaan milik Allah jua. Kepada yang sudi support saya boleh la beli ye. terima kasih banyak2 atas sokonngan anda. saya akan update next story. insyaAllah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!