Sos Cili Terbaik!!!

(((Assalamualaikum..wbt)))

Sembang banyak x guna, jom layan cili sos ni plak.. Dah dekat 2 tahun dok belasah cili sos keluaran "mudim" ni.. Memang sangat memuaskan, Bak kata Boboiboy..-Terrbaikk!! Ni la dia ghupa cili sos mudim.. di proses dgn campuran  cili terpilih, Pastu dicampur plak dgn bawang putih salai yg bermutu tinggi dan menggunakan air yg melalui proses rawatan dan tapisan.
Yang Paling penting ianya adalah salah satu Muslim product..iaitu keluaran bumiputra.. dah lama da jenama ni kt pasaran, cuma aku je yg baru tahu. Sebelum ni dok layan cili sos maggi je..tp sejak terjumpa cili sos mudim ni, terus kuar parti...
Layan ngan kopok lekor memang sedap sgt2..tp bukan kopok lekor je, ngan nasi goreng, ayam goreng pun menjadi gak cili sos mudim ni..x caya try beli tgk.. atau boleh layari laman web dia dulu www.mymudim.com . Aku xde kena mengena ngan sykt "mudim food industries" ni.. pakcik yg packing pun aku x kenal, Saje promote free.
Oklah, Petang2 layan kopok lekor ngan teh o panas. Syukur Alhamdulillah.. Sesungguhnya Malaysia ni memang kaya ngan makanan. Tengah2 dok rancak makan, teringat plak kt mereka yg tak cukup makan.."tgh makan apa la agaknya skang ni??" KFC pe.
k ar bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARA SERVICE AIRCOND

(((Assalamualaikum..wbt)))

Step by Step Utk buat Chemical service atau Overhaul Aircond rumah jenis Split Unit. 1st kena turunkan kedua2 indoor & outdoor unit dulu. Sebelum spray dgn chemical, tutup semua bhgn electrical, nt kena chemical kt circuit board tu,Lain plak jadinya.
Dah siap, Skang boleh Spray chemical kt bhgn sirip evaporator (penyejat)  & Condenser (pemeluwap)-outdoor. Tujuannya adalah utk membuang segala kotoran degil yg susah nk kluar.

Boleh Spray chemical kt Blower jugak...

Lepas Spray chemical, Bilas pulak dgn air..jgn biar lama2.

Kat bawah ni plak, sirip tempat angin sejuk keluar..Just sembur air je dan buang habuk.

Dah siap semua, Biarkan semua component kering sebelum reinstall

Agak2 da kering, Gantung balik Indoor unit ke tempatnya..

Pasang evaporator & electrical cover dulu..

Pastu,Pasang Filter plak..Kalau "Normal Service", Just cuci Filter Hitam ni je pastu pasang balik. Cuci guna air je,utk buang habuk. Check ler 2 bulan skali atau bila2 terasa nk check.

Dah pasang Filter, Last skali pasang cover depan dan ketatkan skru (jika ada)

Untuk outdoor unit plak,Pasang balik kedua2 paip kuprum.. Pastikan ianya di pasang dgn betul utk mengelakkan Leaking..

Dah siap sambung paip, Laraskan injap dgn menggunakan ellenkey. 

Kedua2 Paip dah sambung, skang electrical connection plak.. 

Dah siap pasang semua, skru pun dah pasang Skang Bole la topup Gas.

Ni la ghupa Gas Fluor 410A yg mesra alam,bebas CFC "cloroflourocarbon"(betoi ka eja ni),tidak beracun dan tidak mudah terbakar..Kalau dulu a/c guna gas R12 R22,tp gas ni x bape elok sebab dikhuatiri dapat mengikis lapisan ozone. (mengikis ke menghakis)..

Mcm ni la cara sambungan untuk topup Gas. Hos Guage biru sambung pd a/c(aircond, bukan aircraft) dan Hos Kuning(tengah) sambung pd tong Gas.

Kandungan Gas kena ambik tahu jugak takut nt kena tipu.. tak topup kata topup. Kandungan gas a/c tak sama,refer manual la. Tp aku punya Sepatutnya 150..kt guage tu cuma 120,so kurang 30. Sebelum dia cabut tu,Pastikan Gas cukup. Gas tak cukup,kesian kt Compressor.. keja lebih.(gaji sama).
Dah siap topup gas..Boleh ON aircond dan tunggu sampai sejuk. Pastikan juga xde bunyi2 pelik..kalo ada jugak,maknanya ada benda longgar..Kena bukak balik dan ketatkan dgn betul.

Bancuh simen sket..ikut warna dinding rumah ler.. Simen ni untuk tutup Lubang Paip.

Lubang ni kena tutup..sebab bilik kena kedap udara, lagi satu takut menjadi laluan binatang kecik keluar masuk..
Dah Siap suma Boleh lah Bayar. Kalau a/c biasa RM80 je rasanya. A/c inverter mahal sket maintenance nya, itu je lah kelemahan dia,yg lain setakat ni sume ok..
Service charge utk overhaul ataupun Chemical service Aircond Inverter 1hp = RM110. Ni paling murah aku jumpa. Kedai lain sume nak RM150. Kalo nk panggil depa ni,bole contact no.phone kt resit tu, tp area pneng,butterworth dan kulim je la. Lain2 tempat cari kontraktor lain la,mcm2 company ada kt lua sana..Ok Ler,Cau dulu. Thanks singgah..hhee :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TUDUNG MURAH-MURAH!!

(((Assalamualaikum..wbt)))

      Stock terbaru 2013..Tudung Saiz L Pelbagai Warna. Kini Tiada lagi Tudung Kecik!! Dapatkan Tudung Saiz L dengan separuh Harga. Harga Pasaran Tudung Saiz L=RM30. Tapi kt sini Hanya RM15. 50%off.. Cepat Muslimah2 di Luar sana...

Jika anda rasa belum masanya lagi untuk memakai purdah...Sekurang-kurangnya Ubah la Tudung anda daripada kecik ke besar sikit.. Buanglah Tudung kecik yg tak mampu untuk menutup yg sepatutnya.. Sesunggunya Usaha untuk berubah ke arah Kebaikan adalah sgt Mulia.. 

Yg 1st td tu warna Unggu, yg ni Kuning.. Sory gambar x brape clear.
"HItam"
"Biru"
"Soft Pink"
"Merah"
Dan yg ni "Pink" Ini adalah Sebahagian sahaja..yg seterusnya akan di update jika ada permintaan. Segala Pertanyaan bole di buat di ruang komen:) dan Terima Kasih Sudi Singgah d sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Major Service (40K Inspection)

          Assalamualaikum..wbt.  Lepas service kt toyota center, keta rasa mcm sedap sket..tp rasa tak puas hati tetap ada.. Dalam invoice(resit) banyak barang yg tukar..tp,dalam plastik,ini je yg ada.. Nape x bg semua? Mana Oil Filter lama? Mana Spark Plug lama? tukar ke tak?!! 
          Kalo tukar..nape x bagi skali ngan benda2 kt atas nih? Ni yg x puas hati ni...dah la tak leh nk tengok masa service tu.. Kalo mcm ni la caranya, Susah la Customer nk maintain Service kt toyota. Service kali ni kena RM433.80..kalo buat sendiri ni x sampai 300 pun... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Troubleshoot Mixer

((( Assalamualaikum..wbt )))

1st time troubleshoot mixer ni..dia punya kerosakan : Bila switch ON kedua-dua bilah pengadun berlaga sesama sendiri.. ting! ting! ting! kingg!..Sepatutnya kedua-dua bilah pengadun ni berpusing pada kelajuan yg sama dan berlawanan arah,.. 
Mixer ni ada 3 skru je..tp,Lain macam sket skru kat bahagian belakang mixer ni.. dia punya kepala skru 
bukan philips atau GS(general screwdriver)..tp tgk la sndiri..bentuk apakah ini?,aku xde tool utk skru ni, mybe ni salah satu skill manufacture,x nak bg org bukak atau repair..tp,last2 dpt bukak jgk.
Akhirnya terkeluar jgk skru ni..mcm2 alat aku guna termasuklah garfu..
Hasil Visual check pada bahagian dalam didapati..wear on left gear.. iaitu gigi gear yg sebelah kiri tu dah haus, (makan sebelah), menyebebkan ada gap sket..
Gap ni menyebabkan pusingan kedua-dua bilah pengadun menjadi tidak sama (not synchronize).. bila pusingan x sama laju..maka berlaga lah ia..ting! ting! 

So,dia punya solution..sama ada tukar Gear  (tp mana nk cr spare part ni)..mybe ada jual tp makan masa yg lama nk mencarinya. Yg ke-2, modify bilah pengadun, sama ada guna satu je atau kecik kan bilah tu,so insyaalllah dia x berlaga la. Dan yg ke-3, Beli Mixer baru.. (terbaik..)

Persoalan: mcm mana gear bole makan sebelah?
Jawapan: Faktor utama ialah myb "Cara Penggunaan".

BYe-BYe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Spritzer MINI DISPENSER

((( Assalamualaikum..wbt )))
       
        Lama dok usha benda ni..last2 beli jugak.. tp,memang berbaloi beli air spritzer ni walaupun mahai sket.. air dia halus dan sedap je minum..xdela macam sesetengah air mineral lain..kadang-kadang ada rasa payau sket..

Ni saje ambik gambo step2 yg di tunjuk kt kotak dispenser tu.. 
Wat modal update Blog...hihihi.. Kekeringan idea 2 3 menjak ni, sibok satu hal..

Harga dispenser kalo kt pasaraya RM29.++ Tapi kalo kt stesen minyak RM35.++ banyak beza tu. Air mineral ni plak dalam RM7-8.++ aku pun x ingat dah.. 

Siap untuk di minum.. dia punya pili kt dispenser tu memang kemas, air x meleleh langsung..tp,x tau la baru lg kan.. cer tgk 3-4 bulan nanti,kalo still kemas, memang ohsem la dispenser ni. ok lah..calo dulu..by2e visitor :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!