PULAU KENDI

Assalamualaikum...wbt..
Trip kali ni ialah Pulau kendi..lebih kurang 30km dr jeti Queensbay. Bertolak dari Butterworth seawal 7.00pg dan berakhir lebih kurang 7.00ptg. 1st time ke Pulau ni..kecik je Pulau kendi ni..keliling Pulau x sampai 15 minit kot..aku rasa la..hhee
Menghampiri Pulau Kendi..
 sessi bergambar sebelum berentap..
 Satu Tips nak bg, Seelok-eloknya..Sarapan la dulu sebelum turun ke Laut.. sebab apa? nanti kalau perut masuk angin..mula lah rasa semacam je..nak mancing pun x syok.. aku da byk kali kena dah...kaki muntah..aku la tu..tp mancing jugak..semangat.
 Closed to Pulau Kendi..mcm rupa ikan paus pun ada
 memancing sambil melayan ombak..
 GT Hunter dengan kelengkapan nya..
 Bermula lah teknik bottom utk menjerat si monster
 menunggu rentapan dengan penuh sabar..
 Antara umpan yg digunakan..udang hidup
 Semakin lama semakin pening nampaknya...
 Ni dia tekong..lupa lak nama dia..1st time ngan dia ni..
Masih lagi menunggu..mane la si monster pulau kendi ni..
Akhirnya..dapat jugak kerapu bintik..tp ni bukan monster lg..
Baji pun naik jugak..umpan hirisan temenung..
Sebenarnya hasil trip kali ni tak berapa sgt..tp Alhamdulillah sykur sebab semua dapat ikan walaupun x besar..
 Lokasi terakhir sebelum balik..Jambatan Baru Pneng..
tekong bg 30minit je kat bawah jambatan ni..tarapapa..sebab hari pun dah nak gelap, takat ni je la trip kali ni,Lupa plak nk ambik gambar ikan dlm tong tu..papepun ikan yg kami dpt kt Pulau Kendi ni..kerapu, Tanda, baji, kerisi, gendang, dan bulus kot..lupa dah..ada lg rasanya..maaf la yg x sebut tu.
ok.thats all..jumpa lg next trip..bye2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKAN BAJI BELADO

Assalamualaikum...wbt.
1st time dpt ikan baji ni..teringin jugak nak rasa isinya, ada yg kata sedap..ada jugak yg tak lalu nak makan pastu da tak tau rasa apa. Papepn jom tgk apa yg boleh dibuat ngan baji ni. Ikan Baji ni da siap potong kepala dan buang sisik serta durinya yg tajam.
Kupas bawang besar 2biji, bawang putih 3biji, cili merah 3 batang dan cili boh 4 sudu besar. Simple sgt bahan2 nya..garam & gula tu secukup rasa..
 
Ini la ghupa ikan baji yg sebenar..hodoh yg amat..sebab tu la ada yg tak mau ikan ni.. tapi yg pernah makan si Baji ni..pasti nak lagi...sebab rasa isinya yg sedap..lebih sedap dari ikan bawal dan lebih kurang macam ikan siakap rasa isinya..
Mula2 goreng ikan baji ni bersama garam kunyit. Goreng garing.
Pastu campur sumua bahan tumisan td dan masak sehingga pecah minyak. Jgn lupa boh garam dan gula secukup rasa dan kalau nak lg sedap macam kat kedai tu..perahkan 3 biji limau kasturi..ambil jus nya sahaja.
Agak-agak sambal dah masak...masukan ikan yg di goreng garing td. Kacau-kacau kejap pastu tutup api dan boleh angkat.
Da siap!! sangat simple dan sangat sedap.. kat pasar pun ada jugak ikan ni kadang2. Kepada yg blom rasa lagi..pasni boleh try k..bye2!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!