Tutorial servis amoi

Assalamualaikum...dan salam sejahtera.
Hari ni sy nk buat tutorial utk servis rs3 250cc. Motosikal mampu milik dan kos penjagaan yg boleh dikatakan murah di dalam kelas nya..
Di harap bro2 dapat manfaat dari tutorial bergambar yg ringkas ni..
Ada yg complain..ada kedai tak reti buat..filter tak bukak..cuma tukar minyak je...mmg ada kedai mcm tu.. so,sy dah buat kat servis center 2 kali.. dpt ilmu sket, kali yg ke 3 ni sy d.i.y..boleh berjimat sket.. xyah bayar g.s.t..cuma beli minyak kena gst jugak la..haha..
Untungnya filter moto ni..reusable..xyah pening2 nk cari filter..tp mesti ada due jugak kn..kena pandai2 check la.
Ok..follow my tutorial :)
Saya cuma guna minyak Pj1 15/50 je
Buka plate besi bawah senang sket
Lap minyak dan buang habuk besi je kt filter tu
filter kecik kena tarik keluar guna long nose
lap bersih2 saki baki minyak dlm lubang filter
Selamat mencuba!!
Kat bawah ni gambar outlet nut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cara berwuduk ketika "drip"

Assalamualaikum...wbt
Macam mana nak solat, sedangkan tangan ada jarum utk masuk air (drip)..macam mana nk ambil wuduk?!!
Mungkin ada yg tercari-cari cara penyelesaian masalah ni atau pun mungkin ada yg masih ragu-ragu tentang tertibnya..
Ok, sebenarnya walaupun tangan bersimen/ berbalut/ drip , solat mesti didirikan selagi ada kemampuan.
Ambil wuduk macam biasa,semampu yg boleh..cuma bahagian yg sakit tu boleh di sapu dgn air semampu yg boleh..
Sbg ingatan bersama, Sakit bukanlah merupakan satu alasan untk tidak mendirikan solat kerana terdapat banyak cara untuk solat ketika sakit.. mempelajari serta memahami nya adalah di tuntut.. in shaa allah..
Semoga mendapat manfaat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kemaskini wallet anda

Assalamualaikum...wbt
Satu lg entry pantas hari ni.. kemaskini wallet anda. Mcm biasala bila gaji je..wallet mcm tebal sket.. tebal la bg org yg xde kredit kad ni.. yg pakai kredit kad steady la..wallet smart je..kita wallet kembung..
Crita pasal wallet kembung ni.. pelik jugak bila hujung bulan pun wallet kembung...biasa awal2 bulan je.. sebab gaji baru masuk..dan semua hutang tak bayar lagi..berkepok la duit dlm wallet..tp bila da setel semua,hhaaa...baru meleleh air mata..
Ok,crita pasal wallet kembung ni..baru2 ni xde keje..dok belek2 wallet kembung..rupa2 byk sgt dah slip bank dok berlipat dlm wallet.. orang tengok mcm byk duit, tp sbnrnya byk kertas resit....wahaha..itu je??!!! Dah nama pun entry pantas.. ;)
So, rajin2 la kemaskini wallet anda.. bye2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TRIP JIGGING PULAU 9

Assalamualaikum...
Entry bergambar untuk trip jigging pulau 9 pada 4/11/15..
Pulau 9 Perak, menjadi tumpuan kaki2 jigging dan sememangnya ikan di sana sangat suka makan besi jig..
Bertolak dari Butterworth seawal jam 4 pagi..lebih kurang 2 jam sampai jeti. Dari jeti utk ke pulau 9 lebih kurang 30 minit..
Antara ikan yg dpt ditewaskan utk trip kali ni.. ikan Gt, Sagai, kerapu, gruk2 dan paling banyak ikan cencaru..
Ok..layan gambar.. :)

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUNAT 10 MUHARAM!!!

Assalamualaikum...wbt
Salam sejahtera untuk semua...entry yg cukup pantas hari ni.. in sya allah..
Marilah sama2 kita ambil peringatan, mudah-mudahan hidup kita akan diberkati oleh Allah swt..seterusnya mendapat hidayah dariNya..in sya allah..
Okey, esok adalah 10 muharam..jgn lepaskan peluang untuk berpuasa, dimana sehari dlm setahun.. di sunatkn berpuasa..yg xnk puasa x jd masalah..cuma kita cuba usaha cari jalan untuk tingkatkan rasa taqwa kita pada Allah swt..byk caranya.. ini salah satunya.. in sya allah.
Sunat juga untuk puasa sehari sebelum 10 muharam atau sehari selepas iaitu 9&10 atau 10&11..untuk tidak menyerupai dgn org yahudi dimana mereka puasa 10 muharam shj..utk lebih info..boleh tanya ustaz2 atau google lah..
Perkara2 yg sunat di lakukan pd 10 muharam:
1. Puasa sunat
2. Meraikan anak yatim
3. Ziarah alim ulamak
4. Ziarah org sakit
5. Banyakkan berzikir/baca al-quran
Kt bawah ada niatnya..tp niat mcm biasa pun bole.."shj aku puasa sunat 10 muharam kerana Allah ta'ala"
Ini shj utk perkongsian, Jika ada kesilapan di sini..sy sedia utk di tegur..in sya allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TAMBAH SAHAM AKHIRAT


(((Assalamualaikum..wbt)))

Salam sejahtera kepada semua pembaca yg sudi click ke blog ni.. Entry kali ni mengimbau kembali saat kampung saya dilanda banjir lumpur..Hampir 9 bulan berlalu namun kesan2 nya masih terlukis di sesetengah dinding2 rumah mahupun bangunan.. Gambar di bawah adalah bangunan Masjid Temangan yg hampir2 tenggelam ketika banjir..dan kini proses membaik pulih serta menaik taraf sedang dijalankan. Untuk makluman pembaca semua..kos pembinaan masih tidak mencukupi..di anggarkan Masjid ni masih memerlukan sekurang2nya 700 ribu lebih untuk siap sepenuhnya..in sya allah..

Oleh itu, di kesempatan ini sy sebagai penduduk kampung Temangan telah mengambil bahagian dalam mengumpul sebanyak mungkin sumbangan ikhlas dari mana2 pihak yg sudi menderma demi melancarkan lagi proses pembinaan masjid ini.
 Gambar ini diambil ketika selesai solat sunat Aidiladha

Hamparan sejadah di ruang pembinaan untuk menunaikan solat sunat Aidiladha

Sebahagian makmum solat di ruang pembinaan.. 

Solat sunat Aidiladha berjalan seperti biasa..

Untuk makluman pembaca sekalian, sumbangan boleh di salurkan terus ke akaun bank yang tertera atau melalui wakil2 sukarelawan yg akan membuat kutipan dengan menggunakn resit seperti di bawah.

Inilah buku resit "sumbangan ikhlas" tersebut.. Sumbangan bermula dari RM5, RM10 dan seterusnya mengikut kemampuan anda, in sya allah.. Jika ada yg ingin menyalurkan sumbangan melalui saya, anda boleh lah call/sms/wasap/telegram ke nombor 013-5121510 In sya allah.
Hanya Allah swt sajalah yg dapat membalas jasa baik tuan/puan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sambal ikan bilis cili padi

Asslamualaikum...dan Salam Sejahtera..
Meneruskan aktiviti bloging di hujung minggu..Jom kita layan entri bergambar yg ringkas dan pantas..
Kepada yg blom lg cuba buat ikan bilis cili padi ni..bole la try..dan bg yg dah lama buat..bole la tukar2 resepi..
Bahan2:
1.ikan bilis segengam
2.cili padi..ikut suka
3.belacan..besa kuku
4.bawang besar 1 biji
5.bawang putih 2 ulas
6.gula/garam secukup rasa
Sangat simple tp menyelerakan.. goreng ikan bilis dulu dan asingkan..
Tumbuk bawang, belacan, cili dan tumis sampai naik bau.. masukkan ikan bilis dan selaraskan dgn gula/garam sesuka hati...siap!!  
Makan la dgn apapun..pasti sedap. Selamat mencuba.... #layan gamba dulu sbg pembakar semangat...bye2 ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cara berinternet di luar Negara

Assalamualaikum..wbt
1st time update blog guna software "blogger" android from app.store ni.. try tengok lu jd cm ne..
Ok,just nk share cara berintenet ketika oversea..ada 2 cara.. yg pertama anda boleh guna perkhidmatan "roaming" from line masing2..dan yg ke dua anda beli je simcard baru di tempat yg anda lawati. (Tmpt yg di lawati tu..luar negara ye..bukannya melawat bird park kt pneng)
Ok..kalau roaming ni kebaikan dia..senang, x payah susah tukar simcard cuma cas dia memang agak mahal dan x masuk akal bg aku..
Untuk yg nk jimat, beli la simcard baru..ni ada contoh simcard 4G thailand.. harga 79 baht..duit malaysia dlm RM 9 lebih la..
Dah beli simcard..utk lebih slamat, pergi dekat service center..suruh diorang setting siap2..sebab takut salah select network..kita x tau network apa diorang guna kn?..
Dah dpt network..baru topup internet package plak.. mcm2 package ada utk tenet ni..yg aku pilih ritu 1G boleh guna sebulan dan harga 199 baht..dlm Rm20 lebih duit kita.. murah dah tu kot..
So..total aku kena dlm 320 baht...siap campur service charge dia.. ok la kn utk sebulan..lebih kurang Rm35 duit kita..dpt wasap, fb, telegram.. kalau roaming..data plan utk Cel#$m lebih kurang RM36 sehari!! Sehari tau..kalau seminggu kt thailand..kira sendiri la.. bukan nk condemn mana2 pihak, tp sbgai pengguna kita berhak utk memilih yg mana sesuai utk kita..hahaha..
K la..take care, bye! 
**(masalah nk ber-internet xkn timbul jika semua tempat ada "free wifi") hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua Merawat Kuning (Jaundis)

(((Assalamualaikum...wbt)))
Disaat menunggu kelahiran, Setiap Ibu bapa mesti mengimpikan anak yang sihat dan comel..dan sudah tentu sayunya hati apabila melihat anak yang dilahirkan sihat tiba2 disahkan mengalami masalah. Jaundis atau penyakit kuning biasanya berlaku ketika awal kelahiran bayi..tapi tak semua yg kena jaundis ni, ada beberapa faktor yang mempengaruhi jaundis ni..antaranya ibu ayah berdarah "O" ataupun baby lahir tak cukup bulan dan lain2 lg.. Tahap bacaan jaundis yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kecacatan pada sistem pendengaran dan otak jika tidak dikawal.

Terdapat pelbagai petua untuk mengawal penyakit ini, jika bayi di masukkan ke hospital.. bayi tersebut akan melalui rawatan fototerapi, tetapi jika di rumah..bermacam-macam cara yang boleh di cuba mengikut kesesuaian..

Antara petua2 yg selalu di amalkan:-
1. Jemur di bawah sinaran matahari pagi, antara jam 8 hingga 10 pagi (jgn jemur lama2 nanti hangus lak baby)

2. Cuba berikan bayi anda air zam-zam..insyaallah air zam-zam ubat segala penyakit. Biasanya terdapat doa pada botol..boleh amalkan.

3. Terdapat juga ubat Homoepathy untuk Jaundis. Ubat yang 100% berasaskan herba. 2 botol ni berharga Rm25 sahaja. Boleh juga cuba, mana tahu sesuai dengan bayi anda.

4. Petua orang tua2..cuba mandikan bayi anda dengan air kucai..ada juga yg cuba air inai atau air serai wangi..usahalah mana yang termampu dan bertawakkal lah pada Allah swt.

5. Ada juga yg bgtau cuba bagi bayi anda minum air halwa dan dengar2 kalau kat hospital swasta depa ada bagi air blackcurrant..pun boleh cuba jugak..tengok mana yg sesuai.

6. Satu lagi petua yg femes..iaitu cuba bagi air anggur hitam. Ada juga yg kata air anggur hijau tapi pastikan anggur yg tiada biji.

7. Ini pulak Air mutiara..biasanya mutiara ni terdapat di kedai ubat cina.. Beli serbuk mutiara dan balik rumah bancuh dengan air...tapi skang kat farmasi dah ada jual siap2 "air mutiara". Botol sama mcm air cap badak..tapi harga mahal sket..sebotol air mutiara ni RM3.00

8. Dan petua yang last skali.."sengkuang cina"(water chestnut) femes jugak ni..ramai yg suggest bagi sengkuang cina kalau baby kuning..caranya, kupas kulit dan perah isinya utk dapatkan air. Boleh beli kat pasar2 pagi atau ada jugak kat pasaraya. Harga satu uncang ni dalam RM5 sahaja.
Setakat ni je untuk perkongsian kali ni..mudah-mudahan segala usaha kita di berkati oleh Allah swt dan sebagai seorang muslim kita seharusnya yakin bahawa walau sekuat mana pun usaha kita..tiada sembuh melainkan Allah yang sembuhkan dan tiada daya serta kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah swt.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!