PILIHAN UNTUK MOTOSIKAL 250CC MALAYSIA

((Assalamualaikum..wbt))

Beberapa model motosikal 250cc sebagai rujukan. Walaupun cc sama tp HP(horsepower) dia tak sama, dan sebab itu jugalah Harga nya pun lain2..ikut "power" nya bukan cc. cc(cubic centimeter) ialah unit untuk saiz enjin. Jenis enjin yang berbeza dengan CC sama, mungkin mempunyai perbezaan yang besar dalam HP. So,kt bawah ni aku susun mengikut harga..yg mahal dulu..chekidouutt!!!
NINJA 250R
Engine: 4 stroke Liquid cooled 2 cylinder DOHC
Horsepower: 32 Hp
Weight: 172 kg
Price: RM22,589

KAWASAKI Z250
Engine: 4 stroke Liquid cooled 2 cylinder 
Horsepower: 31.5 Hp
Weight: 168 kg
Price: RM21,589

HONDA CBR250
Engine: 4 stroke Liquid cooled single cylinder 
Horsepower: 25 Hp
Weight: 167 kg
Price: RM20,499

NAZA BLADE TBR 250R
Engine: 4 stroke oil cooled 75 V twin EFI
Horsepower: 27.8 Hp
Weight: 166 kg
Price: RM18,000

KAWASAKI NINJA 250SL
Engine: 4 stroke Liquid cooled single cylinder
Horsepower: 28 Hp
Weight: 151 kg
Price: RM17,689

SYM T2 250
Engine: 4 stroke Liquid cooled Single cylinder 
Horsepower: 24.7 Hp
Weight: 173 kg
Price: RM16,500


KAWASAKI Z250SL
Engine: 4 stroke Liquid cooled Single cylinder 
Horsepower: 27.6 Hp
Weight: 148 kg
Price: RM15,800

 Oklah, cukup takat ni dulu..byk lg model 250 yg ada kat malaysia ni..Semua info dalam ni sekadar rujukan shj dan mungkin ianya tidak tepat. So,pandai2 la Search sebelum beli..Bagi aku..yg terbaik takat ni ialah "Kawasaki Z250SL"..sebab Harga murah Horsepower tinggi..dan jenama yg diyakini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cara Nak Pairing Remote TV

(((Assalamualaikum..wbt)))
Susah betol kalau banyak remote kan?? itu belom kira kes remote hilang..anak wat main la..terlupa simpan kt mana la..dan mcm2 hal. Tapi Remote Hypp Tv Unifi boleh scan remote tv..So,boleh guna satu remote shj!..Sesiapa yg ada pasang Unifi kt umah tu, Nak tahu macam mana nak control tv dengan menggunakan remote unifi anda ataupun (STB remote)..Jom Follow tutorial bergambar nii..
1st-Letakkan remote seperti gambar di bawah.
Kemudian tekan butang "scan" pada remote unifi selama 3 second sehingga lampu hijau menyala.
Ok skang Tekan Butang "power" (warna Biru) sehingga lampu hijau pada remote berkelip.Bila lampu hijau da berkelip..Maknanya remote unifi sudah bersedia untuk merekod "scan pattern" remote TV anda.
 Semasa Lampu Hijau masih berkelip, tekan butang "power" (warna merah) pada remote TV dan hold sehingga lampu hijau pada remote unifi berhenti berkelip. Maksudnya proses scanning telah selesai. Last,tekan butang "scan" balik untuk stop process dan lampu hijau akan padam. Ulang Langkah yg sama untuk "VOL-" ,"VOL+" dan "TV/AV".
Dah siap..cuba test tgk..dan skang anda bole guna satu remote saja untuk ON/OFF  dan VOLUME.. untuk function lain2 tu..tetap kena guna remote masing2 la. Good Luck!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kicap Jalen Sedap..Tapi..!!!

 ((Assalamualaikum...wbt))
       Semenjak dua menjak ni..rasa sedap kicap Jalen mula menguasai diri..,Sebelum ni kalo pegi kedai or pasaraya mmg tak pandang pun kicap Jalen ni sebab dok syok layan Kicap cap kipas udang..

      Tapi disebabkan kicap kipas udang mahal dan ada isu kicap tiruan dengar2 nya..(tp dah kena cekup rasanya..Alhamdulillah) So,aku ambil inisiatif untuk tukar kepada kicap murah sket iaitu Kicap Jalen..Mula2 beli botol kecik je..nk try..Oleh kerana sedap jugak Kicap ni..next,beli botol besar terus. 

      Rasanya Kicap Jalen ni ada 4 jenis kot..kicap masin, manis, lemak dan lemak manis. Buat masa ni dok nampak yg "lemak manis" ni je..yg lain x penah try lg.

      Dari segi rasa..Alhamdulillah sedap kicap ni..Harga pun murah kalau nak compare ngan kipas udang..Tapi!! Haa..ini yg aku nk cite sebenarnya.. lama aku dok perhati kt penutup kicap ni..Kenapa la dia design mcm ni agaknya..(tgk la gamba kt bawah), Penutup dia mmg la senang nak bukak sebab ada tangkai utk tarik dia punya seal.. (mcm penutup Oren Sanquick)..

      Masalahnya bila dah tuang kicap ni..,balance kicap akan bertakung dalam penutup.. apa kes la pulak kicap ni..jenuh aku nak goyang2 botol nak bagi kicap tu masuk balik.. rasa nak lap ngan tisu pun ada..tp aku tak buat lagi (sebab nampak mcm rajin sgt!)

Kalo da mcm ni en.semut pasti naik punya..kalo x dapat masuk pun..dia mesti dok tggu je.. "lemak manis" ni semut mana yg x mau!! kalo rumah yg xde semut ok la..tp benda2 manis ni xyah cite la..kalau letak terdedah je..mesti semut datang..kalo bukan semut kita..semut jiran yg dtg..
So,aku rasa penutup ni kena modified ni..bagi mesra pengguna..Oklah cukup dulu takat ni.. Cite pasal kicap dah macam buat "Essay Keselamatan"..Thanks singgah sini :) bye!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rm20 direct to your account!!!

(((Assalamualaikum..wbt)))
Ok..saja nak promote..macam2 cara org buat duit online skang ni.. Sebelum ni segan jugak nk join..ada yg modal beribu..ratus..dan puluh pun ada gak.. Ni yg first aku join sebab modal dia kecik je iaitu RM20. Yang modal besar tu..belum ada keberanian lg..hehe
Mula-mula pening jugak la..macam mana jalan keje nya ni..tp selepas join dan di train oleh kakak Yani  Zainal from Johor,("kredit to kak Yani") baru la dapat idea sket. Oklah sebelum pembaca tertanya-tanya..kita citer terus dalam ni..

Citer dia cm ni..Bila kita dah register masuk bisnes ni..kita kena wat keja sket.. sikit je kejenya.. berbaloi la dgn upahnya RM20je..Ok..1st keje nya..Kena isi semua maklumat orang yg nak register masuk dalam form online.. 2nd,Kena aktifkan akaun member yg dah register...dan last skali kena ajar member yg baru register td cara promosi.. atau bantu member dgn idea2 yg menarik...

Tp..paling penting kena ada account online..maybank2u atau cimb klik..supaya senang nak monitor duit masuk..kadang2 bila sms masuk "sy dah bank-in"..so,cepat2 la check..dan semestinya kena ada internet la..haha..kalo takde tenet..bukan bisnes online namanya!!
Mana ada dalam dunia ni keje nak duit free je...kena wat keje gak.. Papepn aku baru join ni.. masuk pun baru sikit je..tak seperti yg di iklankan..Sehari Rm100..seminggu Rm1000.. aku seminggu baru banyak ni je.. tp at least ada jugak..dan semestinya...modal dah dapat balik.. Ingat bila dah dapat modal RM20 tu..nak stop lah.. tetiba ada lak orang bank-in Rm20...so,aku teruskan..ada jalan...xde diam je le..sambil2 online.

Kenapa perlu join bisnes ni?..selepas join,ada ke org nak register nt? ni la soalan yg slalu ditanya.. Alasannya senang je..Berapa ramai kawan anda yg online..kadang2 bukan friends pun ada gak yg "pm"..so,semuanya berdasarkan usaha pengiklanan yg di buat..kan da kata td..kena buat keje gak...bukan dok saje..Dah buat keje..baru bole dok saje..hhee :)

Ok,guys..Wanna Join me..Wasapp je terus ke 013-5121510..
Thanks for your time..and Good luck!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SIMULASI ISTIADAT PENGEBUMIAN TENTERA

Assalamualaikum..wbt
Setiap yang hidup pasti menemui mati, dan tidak ada yang boleh menjamin bahawa seseorang akan hidup pada esok hari dan melakukan apa yg dilakukan nya hari ini.. Hari ini kita dapat bernafas, mengerdipkan mata, bercakap, bergelak ketawa..tp esok belum tentu..Jadi marilah sama-sama kita renungkan seketika bagaimana agaknya bila tiba giliran kita nanti? Apa yang pasti "Yang paling hampir dengan kita adalah MATI"
Ok..ni lah rupa bentuk keranda yang di litupi 
Bendera Malaysia dan Bendera Tudm.
Setiap Anggota Tentera yg Meninggal dunia akan diletakkan dlm keranda ni dan akan dibawa sehingga ke tanah perkuburan, terpulanglah pada waris si mati samaada mahu di tanam bersama keranda ataupun tanpa keranda.
Semasa di tanah perkuburan, bendera akan diangkat dari keranda dan dilipat oleh anggota pengusung..
Setiap Anggota yang terlibat semasa pengebumian dilatih untuk menguruskan majlis pengebumian dari A sampai Z, termasuklah cara melipat bendera dengan betul.
Bendera yang siap dilipat akan diberikan pada wakil Pegawai dan seterusnya akan diserahkan pada waris si mati sebagai tanda kenangan dari pihak Tentera.
Katakanlah: "Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri drpd kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar drpd kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!