DURiAN CREPE Lagii..!!

             Assalamualaikum.. Hasil terbaru from myNeighbor.. sungguh menarik..Sedap mata memandang, sedap lagi tekak yang meneLan..!! Jom rasa Durian Crepe yg Sedap dan Berkualiti Only at Taman Desa Makmur 2, Lunas, Kulim..!!!   Untuk Story Selanjutnya Atau Tempahan..
Boleh KLik Disini :
http://yieweezer5915.blogspot.com/2012/11/crepe-durian-hottt.html Thanks!! :) Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gula-gula HUDSON`S

             Assalamualaikum... dah takde idea sangat dah ni..sampai gula-gula hudsons pun ko nak cerita?!! :) kekeke..  xdelah..disebabkan gula-gula ni lah..aku baru tersedar yang harganya skang bukan lagi "10sen 2 biji"...  Nak di jadikan cerita, adela satu hari tu...on the way nak g keje nek moto...tetiba mulut rasa pahit semacam je.. maybe sebab x makan pape lg kot...so,teringat la kt gula-gula hudson yg sedap ni..xpelah nanti singgah kedai beli jap.. ternampak plak kedai india jual paper..haa..mesti ada jual gula-gula ni!!
Aku parking kt tepi jalan tanpa mematikan suis motor...kejap je ni..,raba-raba dalam pocket..terjumpa 10sen..hahh!! cantik sangat lah..watpe beli banyak2.. aku bukak botol dan ambik 2 biji.. letak duit skupang kat meja kaunter..dgn confidence nya aku bgtau kt uncle tu..

Aku     :  Uncle 2 biji skupang kan?? (terus meluru keluar)

Uncle   :  (dgn muka terkejut!) 3 biji 2 kupang.....!!

Aku     :  dgn selambe kluar kedai pegi kt moto..mcm org hilang ingatan..x fikir pape.. :)

Uncle   :  terdiam kt kaunter..sambil tgk aku kluar..(mcm hilang ingatan jgk dia pun..)hahaha..

Masa atas moto,tetiba otak aku mula berfungsi...aikk!!(teringat balik suara uncle tu td) "3 biji 2 kupang??!! "..dah tu kalau skupang bape biji?!! arghh..simple math..sewel jap!! tak kan sebiji sentengah kot!! 

Aku turun moto dan masuk kedai balik..tak sempat aku tanya, uncle tu dah cakap dulu..(rupa2 nya dia memang tunggu aku patah balik!!).hik.hik..

Uncle  :  "dekk..satu kupang satu biji..,2 kupang 3 biji...!! "

Aku    :   Alamak! sory uncle, dah lama x beli gula-gula dalam botol ni..x tau lak harga dah naik!! :)

Uncle  :  Ini harga lama dah...

Aku    :  ye la..sy pun lama jgk...x beli..!! (sambil tambah duit lg skupang dan ambik lagi sebiji..)

Uncle  :  tersenyum...sambil geleng kepala..

Dah settle,aku blah..start ari tu sampai skang aku masih dok fikir..bila last aku beli gula-gula hudsons dalam botol ni..seingat aku la..aku mcm ada beli 10sen 2 biji...tp tahun bila tu?!!.dan kt mana? :) hmmm...Thanks 4 reading! Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pertandingan Badminton Antara Skn/Cwg


Assalamualaikum...wbt.. Ni lah dia player 15skn yang sangat digeruni oleh semua skuadron...hehe.. Alhamdulillah..nampaknya gandingan Cu-e & Syafie menjadi... dengan senang je menewaskan lawan mereka... :)

 Barisan pemain yang sedang memberikan sokongan kepada rakan seperjuangan dengan tidak brebelah bagi.. hehehe..  mcm diam je sume.. :)

 Perlawanan pertama mereka..

 Ni plak gandingan karim & sahar..yg x kurang juga hebatnya... dengan tenang menewaskan pihak lawan :)

Bekas juara remaja badminton sukan malaysia..sebagai Linesman.. hehehe..turn dia x sampai lagi tu.. jd linesman dulu..wakil skn..

 Tu dia...Smash kencang daripada Karim..750km/j.. chong wei pun tak cecah kelajuan ni!! kekeke :)

 Setakat ni dulu untuk 1st day...sama2 kita doakan kejayaan mereka..amin!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CREPE DURiAN !! Hottt..!!

           Assalamualaikum...wbt.. Entry kali ni nak cite pasal dessert yang tengah hot skang.. iaitu "Durian Crepe", ada jugak org panggil "Bantal Durian"..(bukan utk lapik kepala)!!..tp untuk dimakan :) 

         Daripada research yg dibuat, sebenarnya Durian Crepe ni dah lama dah ada..cuma dulu org dok panggil Durian Bantal (memang x famous la nama ni)..tp,Selepas Durian Bantal di mat salleh kan..jd Durian Crepe..terus meletop!! bukan meletop hancur!! tp,meletop disebabkan nama nya di tukar menjadi Durian Crepe, ramai yang teruja ingin mencubanya dan tertanya-tanya akan resepi nya... dulu Sombong!! heyh..:) (aku la tu)..



        Ini bukan kesan gigitan serangga ye...tp perbuatan manusia..hihihi..mcm ni la ghupa kt dalam nya.. mengikut kajian, durian crepe ni dah kena 3 kali gigitan..hahaha.. suspect masih dalam siasatan :)



 Haa..yg ni cover line...berdasarkan pada gambar kt sebelah ni.. suspect memiliki gigi yang cantik..:) tak berlubang dan tajam!! aikk..ni cite pasal gigi ke pasal Durian crepe?!!
 Oklah, Cite pasal durian crepe ni, ianya berintikan durian fresh yang disaluti dengan whipped cream dan di balut pula dengan lempeng (crepe). Crepe tu bole jd mcm2 warna tu..tp kt dalam sama la kot..

      Nak promote sket, ni lah Durian Crepe yang paling sedap penah aku makan..tgk la inti durian nya yg banyak...Saiznya lebih kurang besar tapak tangan la.. Suka warna hijau coz sejuk mata memandang..Haa,,sebut pasal sejuk.. Ianya sangat sedap di makan ketika sejuk..(bukan cuaca sejuk)!!.. xtau la kalau panas2 pun sedap gak..coz x panah cuba.. :)



Ni lah rupa durian crepe yang nak di jual kot... 1 set  ada 6 keping..Harga RM10 sahaja.. kepada sapa2 yg belum cuba tu.. boleh lah try ye..rasa skali pasti nak lagi...kompom!! Kalau ada sapa2 yg nak tempah pun bole gak..contact no ni 013-5121510 (jgn malu-malu)
Insyaallah..semua panggilan akan di layan :) termasuk lah RHB Bank, Maybank dan Aeon yg selalu call remind sal hutang.. :)
 
 Crepe Durian yg Siap Untuk di Jual.. 1set RM10 

         Ops!! ada lagi..selain Crepe Durian..Kek Karamel pun buat jugak.. sapa yg buat?!! Haa..sebenarnya ni Jiran sebelah umah yg buat..rajin sungguh "kak ila" ni ye..macam2 bole buat.. Rajin dan Berbakat.. kalau rajin saja, xde bakat..masalah gak tu :)hehe Alhamdulillah lah..semua produk keluaran kak ila ni mendapat sambutan yg hebat.. Sapa yg x kenal kak ila kat Kulim ni... (kipas lebih ni..mana tau dapat DC 7 keping RM10) hahaha.. :) Thanks 4 reading!!
http://yieweezer5915.blogspot.com/2012/11/durian-crepe-lagii.html


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Punca Permulaan Kepada Masalah Kewangan !!

             Assalamualaikum..wbt.. Selamat datang!! :) dan Seterusnya sambungan daripada entry #1 mengenai "Pengurusan Kewangan". Ok, Apa Punca Masalah Kewangan??! Mungkin anda pelik dan tertanya-tanya bagaimana anda boleh menghadapi masalah kewangan ini??! Sebenarnya  ianya berpunca dari amalan kewangan serta tabiat berbelanja yang kita sendiri tidak menyedarinya.

5 Punca Permulaan Kepada Masalah Kewangan !!


1. Berbelanja dahulu dan menyimpan jika ada lebih.

2. Membeli secara Ansuran dan bukannya Tunai.

3. Berbelanja menurut kemahuan dan bukannya  mengikut keperluan sebenar.

4. Meminjam wang untuk membayar hutang pinjaman sedia ada anda... Pinjam sini..untuk bayar 
    hutang yang di sana.

5. Ingin menunjukan kemampuan kewangan luar biasa dengan saudara, jiran dan kawan.



Sekadar Untuk Renungan:-
SUMBER  : Bank Negara Malaysia.

  • "Pemilik kad kredit yg gagal melunaskan hutang dalam tempoh yg di tetapkan akan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan di isytiharkan muflis . Kira-kira 30% kes muflis membabitkan pemegang kad kredit dan Kebanyakan pemilik kad kredit yg muflis adalah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun."


  • "72%  Pencarum KWSP menghabiskan wang simpanan mereka dalam masa 3 tahun sahaja dari tarikh persaraan.

 -Tan Sri Abdul Halim Ali (mantan Pengerusi Lembaga KWSP)

p/s: Bg yg blom baca ENTRY #1  klik--9 Tanda Anda Mengalami Masalah Kewangan!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Tanda Anda Mengalami Masalah Kewangan!!


      Assalamualaikum....Bertemu kembali dalam entry yg Serius!! :) "Pengurusan kewangan" adalah aktiviti mengawal pendapatan dan perbelanjaan mengikut keutamaan dan kemampuan individu. Gagal menguruskan Wang yg diterima dan dibelanjakan akan mengundang kepada masalah kewangan yg berterusan dan kritikal. Jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda di bawah, kemungkinan besar anda sedang mengalami masalah kewangan yg kritikal :-

9 Tanda Anda Mengalami Masalah Kewangan!!
  1. Tidak mempunyai simpanan
  2. Mula meminjam dgn "AhLong"
  3. Tidak tahu berapa jumlah hutang yg dimiliki
  4. Gagal mendapat pinjaman dari mana-mana Bank
  5. Bil-bil lama banyak yg tertunggak dan masih belum dibayar
  6. Kesemua pendapatan digunakan untuk membayar hutang
  7. Mula berjudi untuk menyelesaikan masalah kewangan dan cepat kaya
  8. Tidak dapat tidur lena
  9. Mengalami Gangguan dan Tekanan hidup

                 Sekiranya anda mengalami masalah di atas, anda perlu mencari jalan penyelesaian dgn cara memberikan tumpuan secara sepenuh masa  dan berbincang dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan kewangan (AKPK). Agensi kaunseling ini ditubuhkan oleh kerajaan untuk memberikan khidmat nasihat dan memberi jalan penyelesaian. Jika anda memandang remeh masalah ini, sebenarnya anda memberi ruang yg lebih untuk berhadapan dengan masalah hutang yg lebih serius lagi pada masa akan datang dan berterusan.

UNTUK ENTRY seterusnya Klik --5 Punca Utama kepada Masalah Kewangan!! Masih belum terlambat :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SeBeLuM, SeLepAs Dan SeLaMaNya!!

           Assalamualaikum...wbt..Inilah Hijrah ku untuk Tahun baru ni.. Semoga Istiqomah dalam melaksanakan nya.. Semoga tak termakan dengan segala tipu helah mereka, taktik2 jahat mereka dan Semoga Duit ku tak di Laburkan kan kepada mereka.. Semoga kita sama2 jgn langsung memberi keuntungan kepada mereka untuk membeli peluru, missile dan sebagainya.. untuk membedil, mengebom umat Islam di bumi Palestin..amin amin ya robbal alamin.

                                                                 SEBELUM!!


SELEPAS!!


                                                             DAN SELAMANYA!!!
amik khauu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Panduan Memohon No.Pendaftaran (Plat) Kenderaan

         
             Assalamualaikum...mungkin ada yg tak tahu lagi macam mana cara nak tempah no.pendaftaran kenderaan yg kita suka semasa membeli kenderaan baru..Biasanya, ada sesetengah golongan yg tak kisah sangat pasal nombor ni..janji dapat moto atau keta baru..tp,tak dinafikan ada juga yg berminat untuk mendapatkan nombor yang cantik..atau nombor2 yg ada story di sebaliknya..hehe.. Ok,sebelum tu mari kita usha dulu berapa harga untuk tempah nombor di JPJ..

Harga Tempatan.
Harga tempahan MINIMA  bagi setiap nombor pendaftaran tertakluk kepada kategori nombor seperti berikut:-

1. Nombor Bernilai Utama RM10,000 
( iaitu nombor 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 dan 10 )

2. Nombor Menarik RM2,000
( iaitu nombor 11 , 12 , 13 , 14 ,15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 22 , 28 , 33 , 38 , 55 , 66 , 77 , 88 , 99 , 111 , 222 , 333 , 555 , 666 , 777 , 888 , 999 , 1111 , 2222 , 3333  , 5555  , 6666 , 7777 , 8888 dan 9999 )

3. Nombor Popular @ Nombor Semasa RM300 sahaja
( iaitu nombor 20 , 21 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31 , 32 , 34 , 35 , 36 , 37 , 39 , 40 sampai 54 , 56 sampai 65 , 67 sampai 76 , 78 sampai 87 , 89 sampai 98 , 100 , 200 , 300 , 400 , 500 , 600 , 700 , 800 , 900 , 1000 ,

          Dan seterusnya ialah kombinasi2 yg cantik la...penat lorh..nak taip..asa mcm nak tersembur biji mata. nombor2 lain tu mcm no kapit ke..selang2 ke..dan juga Mana-mana nombor pendaftaran lain yang menerima tempahan , adalah termasuk dalam kategori ni la. Apa yg penting, kena tahu harga permulaan dulu la...jgn nanti nak tempah nombor "10" bawak duit lima hengget plak :) kena halau ngan Haler nii!! huhu..


Beramb00SS.....!!




Borang yg digunakan :
1.Permohonan menyertai tempahan nombor pendaftaran secara tawaran. Borang M.V.10 
2. Permohonan mendapatkan nombor pendaftaran secara pilihan. Borang M.V.10A
3. Permohonan mendapatkan nombor pendaftaran (kelulusan Khas) Borang M.V.10B
    klik disini untuk mendapatkan borang ----http://www.jpj.gov.my/

PERINGATAN!!Pemohon yg berjaya dilarang memberi/menjual nombor pendaftaran mereka kepada orang lain kecuali dengan pertimbangan khas dari Pengarah Negeri seperti kes pertukaran daripada Ibu/Bapa kepada anak, suami/isteri/anak dan individu kepada syarikat di mana ia menjadi Lembaga Pengarah.

Maklumat Tambahan:
1. Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat di mana2 JPJ negeri yg berkaitan.
2. Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain negeri akan di pamerkan di semua pejabat JPJ
    Negeri/cawangan.
3. Tempoh Tempahan akan di tutup pada jam 12.00 tghr pada hari terakhir tawaran di buka.
4 Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh di bayar di mana2 pejabat JPJ Negeri/cawangan.

sumber : Panduan Pelanggan--http://www.jpj.gov.my/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siap Sedia Untuk Major Service!!!

         Assalamualaikum...wbt.. Kejap je dah kena buat Major Service dah, kuat sungguh bejalan nih..hmm, td aku baru je lepas call toyota service center..tanya sal price 4 major service 40,000km.. pasal banyak sgt benda yg dia nak Replace..so,aku call untuk double conform :) tanya punya tanya..memang betol la apa yg tercatat dalam manual tu..puas hati?!! hmm..puas..puas..puas!!  So,total price untuk Major Service Toyota Avanza 1.5 adalah RM414.40 sen ..amacam? mahal ke murah?.. 



             Bagi aku..bole lah..coz major service ni..banyak yg nak kena buat kan.. Kalau service biasa sampai RM4++ tu..kira Mahal la ye.. Baik p beli minyak ngan filter kt spare part, aku asa x sampai RM250..kot..tengok la minyak apa korang pakai kan.. Kalau Minyak Angin cap Kapak memang murah k..tp,xle guna untuk keta..guna untuk "Tuan keta"..sapu kat kepala tu coz duit dah banyak kuar ni.."penin2"..hehe :) bg aku yg berkira ni..banyak la..tp bagi org2 kaya raya d luar sana.."xde hal Lah kan"!! tp,berkira ke x, benda nya kena buat jugak!! huhu..k,lah Siap untuk memulain pekerjaan...bye-bye ;) Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MurtaBak Maggi!!!

         Assalamualaikum...wbt.. haii..sapa penah makan murtabak maggi?!! haa..kalau yg x penah makan tu,mari kita tengok cara nak buat murtabak megi ni...nanti kalau dah boring makan nasi, bole la cuba benda ni.. :) simple je, dalam 15 minit boleh siap..ok.Mula2 rebus megi dulu dalam 2 minit ++.. pastu..







Toskan megi tersebut..seperti dalam gambar kat sebelah ni.. biarkan seketika..


        



         Kemudian, Ambil 2 biji telor, pecahkan dalam mangkuk, pastu Campurkan perencah megi dalam telor td dan kacau hingga sebati.. p/s: Dalam gambar ni sebiji kan? 2 biji tau yg sebenarnya,..sebiji x jd!!


  
         Pastu tuangkan (2 biji telor + perencah megi) yg telah sebati td..kedalam megi yg telah di toskan. kemudian kacau lagi bagi sebati....ni simple punya resepi, kalau nak sedap lg..tambah la pape...bawang ke, sayur ke.. sesuka hati :)



        Apabila dah sebati..Panaskan minyak..dan tuangkan megi tadi ke dalam kuali.. masak dengan api yg sederhana..Hati2 semasa nak terbalikan megi tu..untuk mengelakkan ianya pecah :)

        Nah!! skang da siap Murtabak Maggi...boleh di makan begitu sahaja atau dengan sos cili, kalau ada bawang cuka tu pun bole gak..mcm murtabak kat pasar malam tu kan..ok,Selamat Mencuba!! bye :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SeLaMat Pengantin Baru Rahimi&Ummi :)


        Assalamualaikum... Alhamdulillah selesai sudah satu lagi majlis perkahwinan yg sempat aku pergi tghr td iaitu majlis perkahwinan Rahimi & ummi.. sama lak nama depa  dua ni kt hujung2 tu ye,  Apepun..TAHNIAH di ucapkan kepada mereka berdua.. Sebelum proceed dengan ucapan perkahwinan.. mari kita renung-renungkan sedikit tazkirah di bawah ni.. semoga berguna untuk di jadikan panduan  kita bersama..

Menurut Abu Hurairah r.a. Apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,


Maksudnya: Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w di atas. Menurut beliau lagi, adalah Makruh kita mengucapkan "Semoga  berbahagia dan banyak anak".


      ok,lepas ni mari sama2 kita ubah cara kita, dan kita ikut cara Rasulullah s.a.w... setakat ni je ilmu yg sy ada,kalau silap atau ada nasihat..sila betulkan sy ;) kalau ada yg nak tahu dgn lebih lagi, bole tanya kat ustaz2 yg lebih arif la..k.


        Jutaan Terima kasih juga kepada pengantin kerana sudi meluangkan masa untuk sesi pengambaran yg x formal ni.. kedua-dua pengantin memang sporting sgt..tetap senyum walaupun pic ni diambil dengan kamera hs "csl" je (made in china) :)..huhu.. thanks skali lagi dan semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan..amin.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RoadBlock at RnR Bagan Ajam!!


          Assalamualaikum... Td ingat saje2 la nak round2 kat RNR Bagan Ajam tu.. biasa nya ramai mat2 motor dok melepak kat situ..kalau kena time, bole la tgk aksi2 mat rempit..hehe, kadang2 ada gak geng2 keta dok kumpul kat situ.. kalau malam minggu memang penuh la keta, moto kat sana,...orang jgn cakap la..meme ramai.. tp lain plak cerita nya malam ni.. Sebelum  sampai tol..jalan nampak tenang je.. selepas tol..tuu diaa.. keta penuh besusun tgh jalan.. Rupa-rupa nya hari ni polis trafik buat roadblok besar-besaran selepas Tol Bagan Ajam...dari 4 lane jadi satu lane...memang keta motor xle lari la..ramai jugak yg kena tahan..paling banyak kena tahan ..motosikal la..elok berbaris kat tepi jalan tu....kesian..:( hihi
Aku yg dok lorong tunai ni memang x kisah la jem pun..normal la..tp yg di lorong smart tag tu pe cite? mesti bengang gile..hehe..bajet boleh melepasi tol dengan smooth mcm biasa la.. huhu...disebabkan roadblock ni lengang jap rnr bagan ajam..parking pun banyak, biasa kalau malam minggu..parking mesti full..hmm..sume dah blah kot..myb sebab ramai en.polis kat depan tu.. Hmm..itulah realiti kehidupan..bila nampak akan sesuatu Balasan atau Tindakan yg akan di kenakan di atas tindakan kita yg tak brape nak betol tu..kita akan jadi takut. tp,bila xde org jaga..xde org ambil tindakan..kita Lalai.. Bayangkan kalau kat Dunia ni xde Polis.. hmm..dah!.. x yah dok bayang2 la..memang huru-hara..hihii. k la.thats all 4 tonight..!! bye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SeLaMat PenGanTiN Baru Mat Key!!

Assalamualaikum wbt.. Selamat pengantin baru di ucapkan kepada Zaki (App20/ skot 36) dan pasangannya Atikah.. yang telah selamat di ijab kabulkan pada 9 nov 2012 bersamaan dgn 24 zulhijjah 1433H.. Tahniah dan Semoga berbahagia ke akhir hayat lah hendaknya.. sory la..x banyak gambar coz masa pegi kenduri ari tu, kamera tak bawak.. guna  kamera hs je.. batery hs pn lemah masa tu..so,sekeping ni je la yg sempat aku ambik.. Alhamdulillah..majlis mereka berjalan dengan lancar, cuaca pun elok..ramai yang datang..makanan pun sedap, pengantin plak senyum tak henti2.. :) Lepas ni bole ar naik charlie sama2 pi honeymoon kat labuan yee..ok la,Tahniah skali lagi to matKey & wife...bye!! ;) Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Latihan Menembak PLKN kem Syruz


Assalamualaikum... Baru2 ni sempat jugak aku jadi pengasuh dalam Latihan menembak utk budak2 PLKN kem syruz Machang Bubok.. tak tau la siri bape budak2 ni.. selama 3 hari 2 malam aku kat sana, sempat la aku tengok gelagat budak2 PLKN ni..mcm2 ada meyh...:) semangat sungguh budak2 ni..hmm bagusla kan.
bila tanya "sapa ada soalan"...tu dia.. macam2 soalan timbul...yg xde kena mengena ngan topik pun ada... haha..
 Semua pelatih menunggu giliran untuk menembak....semua x sabar tu, tp ada jgk yg cuak tu..


Sempat jugak la budak2 ni merasa menembak menggunakan senjata Colt M16.. nasib baik xde yang melatah masa aku dok jaga ni..alhamdulillah selamat..




Selesai sudah sessi menembak...pasni boleh p mancing kat kolam kem syruz..hehe..




Tu dia aktiviti sebelum meninggalkan kem syruz...sempat lagi tuh.. ikan keli kat sini memang besar2..yg syoknye tak payah tunggu lama2..baling je terus umpan kena sambar...memang lapar gile la ikan ni..hehe tp,ikan ni kena lepas balik.. kalo ambik pun, bukan sedap keli bersaiz besar ni.. yg sedang2 tu ok la kalau nak wat makan... ok..thats all 4 today..!! thanks 4 reading :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Trip PuLau JeRejaK!!

       Assalamualaikum....dah lama tak update blog ni...hmm..walaupun idea melimpah-ruah, cerita bertimbun-timbun, kalau internet problem...boleh bersawang blog dibuatnya.. tp,Alhamdulillah..internet dah ok.. setelah hampir sbulan lebih kot, wifi xleh connect. Hmm..papepun, thanks to my neighbor..for sharing wifi :

       Trip pulau jerejak bulan oktober...bersama tekong Adam.. dengan berbekalkan umpan hirisan ikan temenung, alhamdulillah..hasilnya boleh dikatakan memuaskan lah.. boleh dikatakan disini lubuk ikan merah lah..kerapu jarang2..ikan duri (champion)!! hehe..

           Pemandangan sekitar pulau jerejak...kawasan memancing sekitar sangkar je..tp bukan dalam sangkar la.. dan hanya orang2 tertentu je yg di benarkan memancing sekitar sangkar ni..kalau ada sapa2 yang nak try mancing kat sini, bole contact tekong Adam la..



         Hasil tangkapan kat sini juga bergantung pada cuaca dan keadaan air.. menurut kata otai yg selalu turun.. keadaan air kena sedang2 je..haa..cm ne tu ye?...kalau air keruh x elok, air jernih sgt pun x elok jgk... tp,papepun..kalau dah rezeki tu..dapat jugak!! hehe :)




          Ni dia ikan GT..boleh riuh satu bot kalau dapat ikan ni.. :) punya la susah nak naikkan ikan GT ni.. bila di sentap, spesis jenis ni akan cuba memecut lari sehingga kehabisan tenaganya... kalau ada pancing lain kat sebelah, lebih baik angkat dulu siap2...kalau tak, habisla semua tali berpintal...
          Alhamdulillah..ni lah hasil nya setelah lebih kurang 10 jam memancing.. ni sebenarnya x banyak mana pun,(sebab ikan duri tak masuk baris)..trip2 sebelum ni lagi banyak..hehe.. tp,bg aku ok la..yg penting kepuasan tu. Betul ke puas? muka mcm x puas je.. :)

Thanks all..jumpa lagi di lain trip!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"yieweezer5915"Best View On GOOGLE CHROME!